![]() |
SHAFIE (dua kiri) berbisik dengan Salleh (kiri) dan Musbah (dua kanan), Japlin (tiga kiri) pada majlis berbuka puasa di Masjid Pekan, Kota Belud. |
![]() |
SHAFIE(dua kanan) bersama wakil rakyat Kota Belud dan Datuk Salleh ketika menyampaikan sumbangan zakat dan sedekah di Masjid Pekan, Kota Belud. |
OLEH GINDANAU SAKAT
KOTA BELUD: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing
(RCI) di negeri ini akan mencapai matlamatnya dengan seratus peratus, jika
tidak dipolitikkan kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri
Haji Mohd Shafie Haji Afdal.
Katanya, kewujudan RCI itu merupakan landasan terbaik
untuk menyelesaikan masalah yang terpahat di lubuk hati seluruh rakyat negeri
ini, sejak sekian lama dan berharap perlaksanaannya tidak dipolitikkan.
“ Pengunaan perincian dan terma rujukan Suruhanjaya
Siasatan Pendatang Asing (RCI) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, mempaparkan kepada kita tentang kesungguhan kerajaan dan
juga membuktikan komitmen tinggi kerajaan Persekutuan untuk menyiasat isu-isu
yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di negeri ini.
“Kita tahu ada sesetengah rakyat di negeri ini, tiada
surat beranak, pernah saya melawat di Sarawak, mendapat suku kaum Kalabit,
lahir di bumi sendiri, tiada surat beranak, tiada surat keterangan kerana lewat
mendaftar disebabkan lokasi mereka yang jauh dari bandar” katanya.
Shafie berkata, perkara seperti itu adalah contoh
penentuan dan menambah, jangan pula diiktirafkan bahawa mereka adalah sebagai
pendatang.
“Kita minta mereka yang terpilih itu, lagi bijaksana dan
arif dengan lunas-lunas perundangan dapat mengetengahkan hak-hak kesamaan dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diberi, bukan didorong oleh kemahuan dan
kehendak politik,” katanya kepada media pada majlis berbuka puasa, di Masjid
Pekan Kota Belud, di sini, pada Ahad (12 Ogos).
Shafie juga mengalu-alukan penubuhan RCI, yakin
perlaksanaan perincian dan terma dalam tempoh enam bulan itu dapat mencapai
hasil seratus peratus.
“Bila ditanya bilakah pilihan raya diadakan Shafie menjawab,
hanya di PM saja yang mengetahui sama ada pilihan raya ke-13 ini diadakan pada
tahun ini atau tahun depan, yang penting, kita kena siap-siaga,” katanya.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri
Salleh Tun Said, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah
Haji Jamli, Pembantu Insfrastruktur, Datuk Japlin Hj. Akim, pembantu Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Herbert Timbon Lagadan dan,
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Pada majlis itu, Shafie bersama rombongan menyampaikan
sumbangan makanan dan wang tunai kepada Seramai 337 anak-anak yatim, warga
emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.