![]() |
NORIZS RIZS ... tabah menghadapi dugaan hidup. |
MUNGKIN ramai
tidak tahu penyanyi berbakat besar dari Beringes, Papar iaitu Norizs Rizs
sangat tabah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran semasa mengikuti suaminya nun
jauh di negara benua Eropah.
Difahamkan bahawa Norizs, 28, pada ketika ini sedang memfailkan
tuntutan cerai terhadap suaminya jejaka Mat Salleh walau bagaimana sukar untuk
ditempuhi tetapi pada Norizs semuanya sudah berakhir.
Khabarnya,
Norizs yang popular dengan lagu berhantunya ‘Dia Wanita’ itu menuntut cerai
kerana apalah gunanya mendirikan rumah tangga sekiranya tiada kebahagiaan
sedangkan cintanya terbukti apabila terpaksa meninggalkan keluarga di kampung
halaman.
Pada Norizs
semua keputusan yang bakal dilakukannya ini sudah pun difikirkan
sedalam-dalamnya kerana berpendapat daripada dia merana dek tiada lagi
persefahaman maka jalan terbaik ialah bercerai.
Norizs yang
berkahwin dengan jejaka Mat Salleh ini pada awal tahun 2011 selepas
kedua-duanya saling berhubungan di laman sosial Facebook mendorong si dia untuk
melamar Norizs yang sedang sibuk melancarkan album sulungnya.
Oleh kerana
kian berputik bibit-bibit cinta maka jejaka tinggi lampai ini sanggup
membuktikan cintanya kepada Norizs, lalu mengambil keputusan untuk datang ke
negeri Sabah semata-mata mahu berjumpa dengan keluarga Norizs untuk
menyampaikan hasrat mahu melamar Norizs.
Dipendekkan
cerita, kedua-duanya pun telah melangsungkan perkahwinan atas dasar suka sama
suka dan benar kata orang zaman sekarang ‘Cinta Muka Buku’ boleh membawa
seseorang sehingga ke jinjang pelamin.
Bagaimanapun
difahamkan sepanjang tiga bulan Norizs berada di negara orang seolah-olah sukar
untuk mendapatkan kebahagiaan mana lagi rindunya semakin memuncak mengenangkan
keluarga di Beringes, Papar.
Bagi Norizs
segala keputusan yang bakal dilakukannya ini adalah atas ketentuan Tuhan Yang
Maha Esa memungkinkan jodohnya dengan si dia tiada lagi dan dia terpaksa
mengambil keputusan tepat untuk menuntut cerai.
Sementara itu,
penulis sempat menghubungi Norizs baru-baru ini yang memberitahu bahawa dia
tetap meneruskan hasratnya untuk bercerai dengan suaminya itu.
“Kalau tiada
lagi persefahaman dalam rumahtangga maka adalah lebih baik membuat keputusan
sebegini daripada merana di negara orang. Mana lagi, Norizs mengenangkan
keluarga di kampung halaman.
“Saya tekad
bang, selepas semuanya selesai ... saya akan menumpukan semula bidang nyanyian
yang banyak mengajar Norizs erti kesabaran untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
good job darls..
ReplyDeleteLoving u always.
ReplyDeleteKL LAW