Saturday, 18 February 2012

Pelajar perlu kuasai bahasa Arab: Syed Abas

BERSAMA PASUKAN MAULIDUR RASUL ... Syed Abas (lima, kanan) bersama pasukan yang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul.


TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali mahu pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab dipergiatkan di semua sekolah di negeri ini supaya pelajar Islam dapat menguasai pelbagai bahasa.

Katanya, sudah ada pelajar di sekolah agama dan sekolah kebangsaan dapat menguasai tiga bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.

“Cadangan ini amat sesuai dipraktikkan kerana Bahasa Arab kini sama pentingnya dengan bahasa lain,” katanya selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PPR Sri Balung, di sini, kelmarin.

Syed Abas, bagaimanapun mengakui, mungkin sukar untuk melaksanakan cadangan itu ekoran ketiadaan tenaga pengajar dan tiada minat pelajar untuk belajar bahasa Arab.


No comments:

Post a Comment