Saturday, 4 February 2012

Umat Islam di Malaysia hebat: Sapawi



KHUSYUK … Sapawi dan Ahmad bersama jemputan khusyuk mendengar Forum Perdana Khas sempena sambutan Maulidur Rasul Sipitang.


SIPITANG: Umat Islam di negara ini telah memperlihatkan kehebatan apabila berjaya mengekalkan perpaduan dan persefahaman.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, berkata umat Islam wajar bersyukur kerana  semua ini hasil daripada kepimpinan yang bijaksana oleh para pemimpin kerajaan.
“Kehebatan Islam juga semakin utuh kerana boleh bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam di negara ini,” katanya ketika merasmikan rakaman televisyen iaitu forum khas sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kampung Pantai di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis itu Adun Sindumin, Ahmad Bujang; Pegawai Daerah Sipitang, Latip Amat; Pegawai Jheains, Abdul Razak; Ketua Daerah Sipitang, Arif Ismail; Pengerusi Masjid Kampung Pantai, Dahlan Ambun; Iman Daerah Sipitang, Rafahi Salleh dan Pengerusi Penganjur, Jaini Puasa.
Sapawi berkata, hasil daripada kehebatan itu, selain umat Islam kaum dan penganut agama lain juga turut menikmati kebebasan beragama di samping kemakmuran dan keharmonian di negara ini.
“Kita harus merasakan kehebatan umat Islam supaya mereka yang bersemangat akan berusaha gigih lagi untuk mencapai kejayaan.
“Tetapi awas, ada usah pihak-pihak tertentu yang cuba menggugat Islam dengan menimbulkan beberapa perkara yang boleh menggugatkan keharmonian antara Islam dengan penganut agama lain.
 “Kita contohi dan teladani sikap yang diperlihatkan oleh Rasulullah,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment