HAMISA memperkatakan sesuatu kepada peserta kursus sebelum memulakan acara memasak Nasi Daging. |
TAWAU: Agensi dan jabatan kerajaan yang menawarkan bantuan
serta bimbingan kepada usahawan Bumiputera di negeri ini perlu mewujudkan
sistem penyampaian maklumat berkesan.
Ahli Dewan Undangan
Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata langkah itu bertujuan bagi
memastikan program bantuan dan bimbingan yang disediakan mendapat sambutan
daripada usahawan Bumiputera di negeri ini.
"Kita mahu
usahawan Bumiputera khususnya golongan wanita di negeri ini mendapat maklumat
mencukupi berkaitan bantuan itu yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan
agensi kerajaan.
"Sebab itu,
perlu ada sistem penyampaian maklumat berkesan yang dapat menyebarkan maklumat kepada
semua usahawan di negeri ini supaya peluang sama rata dapat diberikan kepada
mereka," katanya.
Beliau berkata
demikian pada selepas menghadiri Program Masak Memasak anjuran Kemas Tanjung
Batu di Kampung Tanjung Batu, di sini, kelmarin.
Kursus Memasak Nasi Daging
itu disertai seramai 15 golongan wanita
dari sekitar Kampung Tanjung Batu, di sini. Turut hadir sama Penyelia
Kemas Tanjung Batu, Noridah Abu Bakar dan peserta kursus.
Hamisa berkata, jabatan dan agensi kerajaan juga perlu
memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk melaksanakan kerja atau projek
tertentu yang bersesuaian dengan kebolehan mereka.
No comments:
Post a Comment