KUALA LUMPUR, 22 Feb : Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
sekali lagi menegaskan parti itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel.
Beliau berkata pendirian Pas itu adalah wajar kerana
kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan
dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.
Katanya adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang
haram, ditambah
lagi dengan tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis
menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang
tua.
“Di sini saya mengulangi pendirian Pas sebagaimana
diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, iaitu Pas sekali-kali tidak mengiktiraf
negara haram Israel dan tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin
yang dihina di bumi sendiri.
“Terserahlah kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima pendirian Pas ini,” katanya dalam
kenyataan yang disiarkan melalui laman web parti itu di www.pas.org.my di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pertemuannya dengan Anwar
semalam. Menteri Besar Kelantan itu
berkata pada beliau adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa
bentuk hubungan sekalipun.
No comments:
Post a Comment