UNDUK NGADAU .... Pelajar tahun
akhir Perbankan Pesisir Pantai
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), Cik Elviralynn
Ukon, 23, dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan (Ratu Pesta
Kaamatan) 2013 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Blessed Scrament, Labuan
pada Ahad (12 Mei, 2013).
Elviralynn dari Ranau, Sabah menerima sebuah
tropi, wang tunai dan peralatan solek sekali gus akan mewakili Labuan ke
peringkat negeri Sabah.
Beliau juga turut dimahkotakan sebagai Miss
Natural Beauty.
Sementara itu, dua lagi pelajar UMS-KAL, Cik Istelita James, 21, dan Cik Eshiryinter Peter, 20, masing-masing muncul naib johan dan tempat
ketiga.
Tempat keempat jatuh kepada pelajar Kolej
Matrikulasi Labuan (KML), Cik Flowiena
Shira Sipail, 19, yang turut dinobatkan sebagai Miss Frendly.
Manakala tempat kelima
dimenangi seorang lagi pelajar UMS-KAL, Cik Mayzlyne Ley Matius, 21 tahun.
Pertandingan yang dianjurkan oleh KDCA (Persatuan
Kebudayaan Kadazan Dusun) Labuan itu disertai oleh 17 gadis jelita.
Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2013 Peringkat
Labuan, Elviralynn (duduk) bersama Istelita (dua kiri), Eshiryinter (dua kanan), Flowiena (kiri
sekali) dan, Mayzlyne (kanan sekali).
|
No comments:
Post a Comment