KOTA KINABALU: Lima muka baharu dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.
Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang,
Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan
Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti
Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
Anggota Jemaah Menteri yang
dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.
Mereka mengangkat sumpah di
hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.
Turut mengangkat sumpah ialah
barisan pembantu menteri seramai 18 orang.
Sembilan muka baharu dilantik
sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk
Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa
Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.
Pembantu menteri yang dikekalkan
ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk
Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk
Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.
BN Sabah melakar kejayaan dalam
pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti
dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri
manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.
Berikutan itu Ketua Menteri Datuk
Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.
Turut hadir pada majlis itu ialah
isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Musa
serta isteri Datin Seri Faridah Tusin.
No comments:
Post a Comment