WAKID ANTARA SENI KRAF KENINGAU …Keningau mempunyai banyak maskot seni krafnya seperti ‘wakid’,
iaitu sebuah alat sikutan tradisi suku kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) di
Sabah, Malaysia.
Replika
wakid itu terletak di kawasan bulatan Jalan Apin-Apin - Keningau,
berhampiran Hospital Keningau dan Pusat Kraftangan Sabah atau kira-kira 5
kilometer dari Pekan Keningau.
Ketua
kumpulan pengukir, Arifuddin Alekee, 67, memberitahu replika wakid itu
ditempah khas oleh Kerajaan Sabah. Ianya diperbuat daripada bahan konkrit
berkualiti tinggi yang mempunyai ketinggian 10 kaki dan 5 kaki lebar.
Pembinaan
wakid itu menelan belanja kira-kira RM14,000. Kerja-kerja mengecat dilakukan
oleh dua syarikat tempatan di Keningau.
Di
kalangan masyarakat KDM, wakid merupakan alat untuk meletakkan/menyimpan
hasil-hasil pertanian dari kebun dan ladang tetapi juga digunakan untuk
menyimpan kayu api.
Keningau adalah antara daerah terpencil di
Sabah tetapi kaya dengan khazanah warisan leluhur masyarakat KDM.
Kepada
anda yang berminat dan ingin menyaksikan kraftangan tradisi KDM yang unik
datanglah ke Pusat
Kraftangan Sabah di Keningau.
Gambar menunjukkan sebahagian pekerja bekerjasama memastikan replika wakid diletakkan di tapak
yang disediakan dengan bantuan kren.
|
No comments:
Post a Comment