Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Anggota
Parlimen Kota Marudu, berkata kampung terlibat adalah Kampung Bombong 1 (dengan
144 isi rumah) dan Kampung Samparita (dengan 116 isi rumah).
"Setiap
kampung akan diperuntukkan 40 hektar tanah sebagai rizab kampung termasuk 2
hektar sebagai tanah perkuburan, 8 hektar bagi kemudahan kerajaan, 6 hektar
bagi setiap keluarga dengan anak sehingga lima orang dan 20 ekar bagi setiap
keluarga lebih daripada lima anak.
"Golongan
yang berhak mendapat sebidang tanah ini adalah keluarga atau mereka yang berusia
18 tahun dan ke atas," katanya selepas mesyuarat yang dipengerusikan oleh
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Osman Jamal, di sini pada Selasa.
Turut
menghadiri mesyuarat itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek
Anita Baranting, Adun Matunggong Sarapin Magana dan para pegawai Begaraya.
Maximus berkata peruntukan
persekutuan berjumlah RM25 juta kepada Sabah untuk kerja-kerja ukur tanah NCR
sebahagiannya akan digunakan untuk langkah itu.
Beliau
berkata terdapat kira-kira 40 kampung di Kota Marudu yang bertindih dengan
tanah yang diberi kepada Begaraya bagi projek perhutanan.
"Permulaan
kerja-kerja mengukur untuk mengasingkan tanah NCR daripada kawasan projek
Begaraya memberi kelegaan besar kepada penduduk dalam daerah ini yang telah
menuntut hak terhadap tanah milik nenek moyang mereka sejak 1997.
"Kerja-kerja
mengukur ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional serius dalam
melindungi kepentingan dan hak tanah rakyat terutamanya di kawasan luar
bandar," kata Maximus.
No comments:
Post a Comment