Tuesday, 31 January 2012

DBKK sita peralatan komputer

KOTA KINABALU:  Anggota Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menyita pelbagai peralatan komputer daripada sebuah premis siber (cyber café) yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi khas di Inanam Laut, Isnin lalu.

Menurut Superintendan Ernest Mojikon, Pegawai Penguatkuasa Kanan DBKK, operasi berkenaan dilakukan hasil daripada aduan orang awam dan tindakan telah diambil di bawah Seksyen 10K, Enakmen Hiburan Awam (Pindaan) 2003. 
Katanya, operasi hampir dua jam ini telah bermula pukul 2.45 petang dan dianggotai oleh 13 orang anggota penguatkuasa DBKK.
Antara peralatan yang telah dirampas adalah ‘monitor’ (23 unit), ‘CPU’ (17 unit), ‘keyboard’ (12 unit), tetikus (12 unit), kabel elektrik, kerusi plastik (34 unit) dan sebagainya.
Beliau juga menasihatkan supaya pengusaha pusat siber mendapatkan lesen sebelum beroperasi untuk mengelakkan dikenakan tindakan kerana operasi seumpama ini akan dijalan dari masa ke semasa.
DIRAMPAS … antara peralatan komputer yang disita oleh DBKK daripada pusat siber yang beroperasi tanpa lesen baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment