TURUN PADANG ... Hamisa (dua, kiri) meninjau projek membuat titian di Kampung Tanjung Batu Laut yang siap dilaksana dengan diiringi Abdul Jalil Rasah dan Rahim Hassan. |
TINJAU ... Hamisa (dua, kanan) meninjau jalan raya
kampung yang sudah siap dilaksanakan bersama pemimpin masyarakat kampung di DUN Tanjung Batu.
|
TAWAU: Prasarana di empat kawasan di negeri ini dipertingkatkan
untuk keselesaan hidup rakyat selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia
negara maju menjelang 2020.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat,
berkata kawasan-kawasan yang dimaksudkan ialah bandar, luar bandar, pinggir
bandar dan pedalaman.
Katanya, prasarana tersebut termasuklah menaik taraf
kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya dan perumahan.
“Kemudahan asas rakyat di kawasan DUN Tanjung Batu juga dipertingkatkan. Itulah komitmen kerajaan BN ingin melihat rakyat hidup selesa,” katanya selepas melawat projek kecil-kecilan yang
telah siap dilaksanakan di Kampung Tanjung Batu Laut, di sini kelmarin.
Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Tanjung Batu, Abdul Jalil Rasah dan Pemaju Masyarakat Tanjung Batu, Rahim Hassan.
Hamisa yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan mengingatkan rakyat di kawasan itu supaya sebarang masalah berkaitan infrastruktur atau prasarana yang mereka hadapi dikemukakan
terus kepada permimpin masyarskat setempat seperti pengerusi JKKK, Ketua Kampung atau kakitangan di Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Tanjung Batu.
Jelasnya, pegawai dan kakitangan UPKR Tanjung Batu sentiasa mendengar sebarang aduan atau permohonan untuk dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Katanya, untuk rekod pada tahun 2011 lebih kurang 20 projek kecil-kecilan telah dilaksanakan seperti membina titian pejalan kaki dan jambatan, membaik pulih surau sekolah agama rakyat di kawasan DUN itu.

No comments:
Post a Comment