KUALA LUMPUR, 20 Jan - (Bernama): Kaunter
Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara tidak akan beroperasi pada hujung
minggu ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Menurut kenyataan akhbar jabatan itu hari ini,
kaunter jabatan itu di Kelantan, Terengganu dan Kedah akan ditutup pada Sabtu
ini dan beroperasi semula pada Ahad, manakala di negeri-negeri lain akan
ditutup pada Sabtu serta Ahad dan hanya beroperasi semula Rabu.
Orang ramai boleh menghubungi pejabat
perkhidmatan pelanggan jabatan itu di talian 03-88807077/7071/7067/7069/8206
untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment