PUJUK ... Anggota polis cuba memujuk seorang lelaki yang berbaring bersebelahan dengan mayat teman wanitanya yang mati selepas terjun dari tingkat 17 di sebuah flat di Taman Utara, Batu Uban, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi. Polis mengambil hampir sejam memujuk lelaki berkenaan yang memeluk mayat teman wanitanya. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki terbabit dikatakan tidak dapat menerima hakikat yang teman wanitanya, Lau Kah Kah, 22, maut selepas terjun dari tingkat 17 flat berkenaan. Orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ namun agak terkejut apabila melihat lelaki berkenaan secara tiba-tiba bergerak. Anggota polis cuba memujuk lelaki itu dan selepas hampir sejam dia mula melepaskan pelukannya itu dan bersandar di tepi tangga berhampiran mayat. |
No comments:
Post a Comment