Friday, 20 January 2012

Hubungan pemimpin BN Sabah dengan Pusat tambah baik: Pairin

SELAMAT TAHUN BARU CINA ... Pairin (tengah) bersama Dr. Yee (kiri),  Justin (kanan) dan Sairin (dua dari kanan) mengucapkan selamat tahun baru kepada peniaga-peniaga di pasar umum Keningau.


KENINGAU, (20 Jan): Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),  Tan Seri Joseph Pairin Kitingan mengakui kerajaan Barisan Nasional  (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak lebih baik daripada dulu.
 Katanya, sekarang lebih baik daripada dulu di mana hubungan para pemimpin di peringkat negeri dengan pemimpin Keajaan Persekutuan  bertambah baik.
 “Ini memudahkan kita berjumpa untuk mengemukakan masalah kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di sekitar pekan di sini sempena Tahun Baru Cina 2012 kelmarin.
 Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau berkata, hubungan baik ini hasil daripada pengwujudan konsep 1Malaysia dengan slogannya ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
 Dalam perkembangan lain,  Pairin berkata, kerjasama di kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti-parti komponen di kawasan ini semakin kukuh berlandaskan konsep kongsi kuasa dalam BN.
Katanya, ia terbutki pada lawatan kali ini yang melibatkan semua pemimpin-pemimpin parti komponen seperti PBS, Umno, Upko, PBRS, MCA, Gerakan dan LDP.
 Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Yee Moh Chai, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Edward Koh, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Haji Sairin Haji Karno yang juga Adun Liawan, Adun Bingkor, Datuk Justin Guka, Ketua Bahagian PBS Liawan, Datuk Jake Nointin, Ketua Bahagian PBS Sook, Datuk Bernard Maraat, Ketua Bahagian MCA Keningau, Jack Chin, Anuar Datuk Ayub,  ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin parti komponen di kawasan ini.



No comments:

Post a Comment