![]() |
MESRA ... Hamisa (kanan) beramah mesra dengan seorang warga emas di Kampung Tanjung Batu, Tawau. |
Hamisa berkata, rakyat akan suka kepada kita dan kerajaan jika masalah yang mereka hadapi itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
“Jangan biarkan masalah mereka terperam sampai bertahun, ini
menjengkelkan rakyat dan tidak yakin lagi dengan keikhlasan kerajaan,"
katanya ketika menyampaikan kerusi roda kepada golongan kurang upaya di Kampung
Tanjung Batu, di sini, kelmarin.
''Tiada simpul yang tidak boleh dileraikan. Saya selalu
memandang permasalahan rakyat sebagai sesuatu yang positif dan tidak pernah memandang
masalah itu sebagai beban," katanya.
Bagi Hamisa, beliau menganggap kejayaan seseorang pemimpin
menyelesaikan masalah rakyat merupakan pulangan
yang besar kepada kerajaan kerana mendapat pujian rakyat.
Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, deria pendengaran harus
peka mendengar keluhan rakyat dan, bukannya pura-pura tidak dengar lalu mencari
helah mengelak diri.
“Berilah rakyat peluang menghabiskan luahan isi hati mereka kerana
apa yang mereka lafazkan itu mungkin
lebih penting dan perlukan tindakan segera pemimpin atau kerajaan,” jelasnya.
Hamisa juga mengingatkan pemimpin masyarakat di DUN Tanjung
Batu supaya turun padang mendekati
masyarakat untuk mendengar masalah mereka.
“Kita harus berfungsi dengan baik supaya jambatan yang kita dibina di antara pemimpin/kerajaan dengan rakyat tidak roboh,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment