Wednesday, 11 January 2012

MDK miliki Simpanan Tetap berjumlah RM1.6 juta


KENINGAU: Majlis Daerah Keningau (MDK) kini mempunyai Simpanan Tetap berjumlah RM1.6 juta!
Ini berikutan peningkatan pungutan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM3.1 juta.
 Pengerusi MDK, Amat Mohd Yusof, berkata peningkatan pendapatan itu diperolehi melalui kutipan hasil-hasil yang tertunggak dan turut dijana  dengan program-program yang meguntungkan.
 “MDK masih meneruskan usaha mengutip tunggakan hasil yang belum lagi dikuitp dan dijangkkan pendapatan akan meningkat,” katanya semasa berucap pada majlis upacara angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah di sini pada Selasa.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingko,r Datuk Justin Guka turut menyaksikan majlis itu.
 Amat berkata tahun  ini, MDK telah membentuk pelbagai program mengutip hasil yang tertunggak.




No comments:

Post a Comment