Tuesday, 17 January 2012

BN Sabah tidak goyah kewujudan parti baru: TPM



DIDUKUNG ... Naning didukung oleh anaknya selepas menerima bantuan itu.

SEMPORNA: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kewujudan parti-parti baru sedikit pun tidak ‘mengoyahkan’ BN di negeri ini.
Katanya, sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa pun boleh menubuhkan parti politik. Ini perkara biasa apabila tibanya pilihanraya dan BN tidak perlu ‘pusing’ terhadap kewujudan parti-parti baru.
Mengenai dengan adanya ura-ura kononnya seorang ahli politik kerajaan bakal menubuhkan partinya sendiri, Muhyiddin berkata, beliau tidak mendengar mengenai sepakulasi itu.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Sabah, di sini kelmarin.
Muhyiddin berharap negeri ini terus kekal menjadi ‘fix deposit’ BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Katanya, kerajaan BN tidak akan mempersia-siakan sokongan itu tetapi akan terus melaksanakan perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh rakyat termasuk yang berada di Sabah.
Di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, Muhyiddin menyampaikan dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penerima, sebagai simbolik kepada hampir 2,000 penerima di daerah ini.
Seorang ibu tunggal berketurunan Cina, Cheau Meau Fah, 68, berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan BR1M yang diterimanya.
Seorang lagi penerima, Naning Ramain, 89, dari Pulau Larapan,  dekat sini memuji program BR1M.



No comments:

Post a Comment