Oleh kerana lagu itu tanpa irama maka, beberapa orang guru dan
masyarakat kampung terlibat bertindak sebagai jurutera bergotong-royong membina
jambatan baru menggantikan jambatan kayu balak yang sudah runtuh.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Saliku
Sumatalun, Ambier Angusa, berkata beberapa jambatan di sepanjang jalan masuk ke
Kg. Saliku dan Sibuah sudah lama runtuh dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.
Ambier dengan sinis berkata, jalan raya dan jambatan yang
ada di kampung itu adalah ‘ihsan’ oleh syarikat kayu balak tetapi, semuanya
tidak bertahan lama apabila syarikat kayu balak meninggalkan kawasan itu kerana
pokok balak sudah habis.
“Sekarang jalan raya dan jambatan telah runtuh...hasil
pertanian tidak dapat dibawa keluar atau masuk, begitu jugalah peralatan
sekolah kerana masalah itu,” katanya.
Oleh itu, penduduk mencadangkan supaya jalan itu diambil alih
oleh kerajaan dan diselenggarakan melalui jabatan-jabatan yang berkaitan.
JAMBATAN BINAAN JURUTERA KAMPUNG ... beginilah keadaan jambatan kayu yang dibina oleh beberapa’ jurutera kampung’ terdiri daripada guru-guru dan masyarakat secara bergotong-royong. |
PADU TENAGA … beberapa orang guru-guru dan masyarakat kampung meninjau lokasi sebelum memulakan membina jambatan kereta di Kg Saliku Sumatalun yang runtuh.
|
No comments:
Post a Comment