TAWAU, (19 Jan): Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew
Yun Fah mendedahkan bahawa Hospital Tawau kini kekurangan doktor biasa dan
pakar.
Katanya, kekurangan doktor biasa dan pakar di hospital mitu
perlu diatasi segera bagi memenuhi keperluan rakyat di daerah itu.
“Sekarang hospital itu tidak dapat menampung keperluan
pesakit yang datang mendapatkan rawatan disebabkan kekurangan doktor itu,”
tambahnya.
Katanya, sudah sampai masanya, Kementerian Kesihatan memandang
serius kekurangan doktor itu dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat
di daerah berkenaan.
Menurutnya, antara doktor pakar yang sangat diperlukan di
Hospital Tawau adalah pakar otak, jantung, kanak-kanak dan gigi.
No comments:
Post a Comment