SANDAKAN: Ketua Penerangan Umno Bahagian Sandakan, Abdul Hamid Sabal
(gambar), mengajak rakyat pelbagai kaum di negeri ini supaya memberikan
sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13 nanti.
Katanya, kerajaan BN perlu terus memerintah kerana banyak manfaat telah
rakyat nikmati dan terbaru pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
termasuklah bantuan-bantuan pendidikan yang meringankan beban golongan
berpendapatan rendah di negara ini.
Beliau berkata, bantuan BR1M diberikan tanpa mengira latar belakang
mahupun perbezaan pendapat politik sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan
BN yang mahu semua kaum mendapat manfaat sebagaimana matlamat 1Malaysia.
"Saya juga mengambil contoh seperti pelaksanaan rumah-rumah kos
rendah samada di kawasan bandar mahupun luar bandar di mana rakyat telah
mendapat manfaat jangka panjang apabila begitu banyak Program Perumahan Rakyat
Termiskin atau PPRT dilaksanakan.
Abdul Hamid berterima kepada kerajaan hari ini yang melaksanakan
pembinaan sebanyak 1,000 unit rumah PPRT di Taman Mesra, Batu 4 dekat sini yang
membolehkan golongan berpendapat rendah khususnya mangsa-mangsa kebakaran
mendiami rumah kos rendah tersebut.
Difahamkan terdapat lebih kurang 2,000 unit lagi rumah akan dibina di
taman ini.
Ujarnya, Umno Sandakan sudah pun bersiap sedia dengan jentera partinya
telah diperkemaskan di setiap peringkat akar umbi.
No comments:
Post a Comment