LABUAN, (20 Jan): Pejabat Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Wilayah Persekutuan Labuan mengesan
sebanyak 36 kes pelbagai kesalahan sepanjang tahun 2011.
Penolong Pengarah PPDNKK Labuan, Aslani Dabi, berkata kesalahan
itu meliputi kes cetak rompak, barangan tiruan dan juga kes yang melibatkan Akta Kawalan Harga
meliputi rampasan melebihi RM24,000 dan kompaun bernilai RM23,500.
“ Antara kesalahan yang dikesan ialah kes
cetak rompak, barangan tiruan dan juga kes-kes kesalahan yang membabitkan Akta
Kawalan Harga,” katanya kepada media
sempena majlis pelancaran
Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baru Cina peringkat
Wilayah Persekutuan yang diadakan di pusat beli belah Utama Jaya Super Store , dekat sini kelmarin.
Pelancaran program tersebut telah
disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi Penasihat Perbadanan
Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus.
Selain itu, Aslani berkata, PPDNKK juga telah
memeriksa dan memantau sebanyak 23,000 premis secara berulang sepanjang tahun
lalu bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Katanya, peniaga yang engkar mematuhi undang-undang di bawah Akta Kawalan
dan Anti Pencatutan 2011 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau
tiga tahun penjara bagi kesalahan
individu, manakala bagi pihak syarikat atau perbandanan denda boleh dikenakan sehingga RM500,000.
Sebanyak 13 barangan keperluan telahpun
ditetapkan oleh kerajaan melalui perlaksanaan SKHMP harga runcit yang membabitkan seperti Ayam
Hidup sekilo (RM7.20), Ayam
Standart (RM9.80), Ayam Super sekilo
(RM10.50), Telur Ayam gred A (RM0.42 sen
sebiji), Telur Ayam gred B (RM0.41 sen sebiji), Telur Ayam gred C (RM0.40. sen
sebiji), Kubis Bulat import sekilo
(RM3.50), Bawang Puteh sekilo (RM5.00).
Ikan Bawal puteh sekilo (RM40.00), Udang Puteh besar sekilo (RM24.00) dan Daging Babi sekilo (RM23.00).
![]() |
BARANG KAWALAN .... Yunus (tengah) bersama Askalani (kiri) ketika memeriksa harga daging ayam di Utama Jaya Super Store di pusat bandar. |
No comments:
Post a Comment