BERSAMA PELANGGAN ... Ah Lan (kanan) bersama pelanggannya di Tamu Pekan
Donggongon.
KOTA KINABALU: Nama Teo Geok Lan @ Ah Lan, 87, tidak asing
lagi bagi masyarakat di daerah Penampang kerana kemahirannya membuat pakaian
tradisional suku kaum Kadazan.
Perniagaan pakaian tradisional itu yang diceburinya sejak 50
tahun lalu masih lagi ‘hidup’ walaupun sambutan tidak lagi serancak dahulu
selepas kedainya di Kasigui, Penampang musnah dalam kebakaran sekitar tahun
70an.
Akibat daripada musibah (kebakaran) itu yang memusnahkan semua
kemudahan di kedai tersebut, Ah Lan tidak lagi mencari lokasi atau premis baru untuk memulakan perniagaan, sebaliknya
menggunakan kediamannya sebagai ‘pusat operasi’ perniagaan.
Beliau yang lebih senang dengan panggilan Ah Lan ini
mengakui bahawa berniaga dari rumah tidak sama dengan berniaga di premis
perniagaan (kedai) kerana tidak ramai orang mengetahuinya.
“Prestasi perniagaan saya terjejas namun masih bersemangat
untuk meneruskan perniagaan pakaian tradisi suku kaum Kadazan secara
kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui di Tamu Pekan Donggongon, baru-baru ini.
Ah Lan yang berasal dari Kampung Timpoluon, Babagon di
Penampang dan kini tinggal bersama keluarganya di Taman Cantik, Lido berkata,
aktiviti mereka bentuk dan menjahit pakain tradisi itu dilakukannya hanya mengisi masa lapang.
“Kalau ada tempahan saya terima,” ujarnya.
“Menjahit pakaian tradisional suku kaum Kadazan amat rumit
dan perlukan kemahiran, ketelitian dan kesabaran jika pakaian itu lengkap
dengan perhiasannya.
“Berbanding dengan pakaian tradisional yang separuh
perhiasan (aksesori) atau asas sahaja lebih mudah dan tidak memerlukan masa
yang lama,” jelasnya.
“Dalam masa sebulan saya dapat menyiapkan lima sampai enam
pasang pakaian tradisional lelaki dan wanita,” katanya.
Mengenai harga sepasang pakain tradisional Kadazan, Ah Lan
berkata sepasang pakaian tradisional wanita harganya antara RM180 hingga RM250
dan lelaki RM180 (baju sahaja).
Menurut Ah Lan lagi, kebanyakan pelanggannya terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat tempatan.
Untuk menghasilkan pakaian-pakaian tradisional itu beliau
menggunakan kain dipanggil ‘kain marudu’.
Kain-kain itu dibelinya di kedai-kedai tekstil di Kota
Kinabalu dan Pekan Donggongon.
“Harga semeter kain marudu dulu lebih murah berbanding
sekarang yang mencecah antara RM24 dan RM25 semeter,” katanya.
“Pendapatan saya sekitar RM300-RM500 sebulan bergantung
kepada permintaan,” jawabnya ringkas mengakhiri perbualan.
Did you have her contact number or something? Would help her a lot if you do since people can call her for business.
ReplyDeleteBoleh bagi alamat rumah diakah? saya mau minta buat baju kadazan tapi nda tau d mana.....atau kamu tau kah dimana lagi tempat untuk buat baju kadazan yang murah di sabah?
ReplyDelete