Wednesday, 21 December 2011

Keindahan Masjid Pekan Kota Belud, Sabah Tercelar



 CACATKAN KEINDAHAN ... keindahan Masjid Pekan Kota Belud, Sabah yang terletak  di atas bukit sedikit tercelar akibat kewujudan pelbagai  iklan yang terpancak di kaki bukit itu.
Pemasangan iklan yang tidak teratur dan bertindih-tindih menggambarkan pihak berkuasa tempatan daerah itu tidak peka terhadap peraturan pemasangan iklan.
Sama ada iklan-iklan itu berbayar atau gratis ianya perlu dibina dengan betul dan teratur supaya tidak menghalangi di antara satu dengan yang lain.
Iklan yang beraneka saiz dan warna boleh memainkan peranan menjana keindahan bukan sahaja kepada masjid itu tetapi juga keseluruhan Pekan Kota Belud untuk mengamit pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan di daerah berkenaan masih belum terlambat untuk membetulkan kelemahan tersebut.

No comments:

Post a Comment