![]() |
BARISAN PEMENANG SUGANDOI ... Gedion (tengah), Fransisca (kiri) dan Jacklyn bersama hadiah kemenangan masing-masing. |
OLEH MARRYAN RAZAN
Gedion
Hilarius wakil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) muncul johan pertandingan
Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2013 di Dewan KDCA, Penampang, pada malam
Sabtu.
Dengan
kemenangan itu beliau menerima hadiah wang tunai RM6,000 berserta piala dan sijil
penyertaan.
Gedion
membawakan lagu “Guminawo Zou Diau” dan lagu baru ciptaan Denis Primus bertajuk
“Kanou Masi Id Katangaban”.
Tempat
kedua dimenangi oleh Fransisca Juingki yang mewakili daerah Sandakan. Beliau
menerima hadiah wang tunai RM4,000, piala dan sijil.
Fransisca
yang membawakan lagu wajib “Adaa” dan lagu baru “Titungkap Piginawaan” hasil
ciptaan Minami Sugali Anduini turut memenangi penyanyi popular dan menerima
hadiah wang tunai RM300.
Manakala
tempat ketiga pula dimenangi wakil daerah Penampang, Jacklyn Liew Yun yang
membawakan lagu “Iziau Noh Songuhun” dan lagu baru ciptaan Alice Marius “Oi
Apa”. Dengan kemenangan itu beliau membawa hadiah wang tunai RM3,000, piala dan
sijil.
Pertandingan
Sugandoi Kaamatan yang diadakan setiap tahun sempena sambutan Pesta Kaamatan di
negeri ini disertai 37 orang yang mewakili semua daerah di negeri ini.
Bagaimanapun
hanya 10 peserta dipilih ke pertandingan akhir iaitu Vui Kuang Apau (Kuala
Penyu), Chrispine Joseph (Putatan), Jacklyn Liew Yun Len
(Penampang), Fred Joanne Asoon (Tanjung Aru), Gedion Hilarius (DBKK), Azlee
Mualip (Kudat), Jasri Madin (Kota Belud), Jimmy P. Masamil (Menumbok), Alwie
Jusli (Kota Marudu) dan Fransisca Juingki (Sandakan).
Lagu-lagu
baru ciptaan ahli jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri yang
dibawakan oleh para peserta ialah “Tomodon” hasil ciptaan Rollis Mitol,
Nokotongkiad (Adolf Jamit), Oi Apa (Alice Marius), Ihumonku Kagarasonku (Diana
Clevon Monjuil), Kanou Masi Id Katangaban (Denis Primus), Porotio Poh Daa (Betcy
Micheal), Poihoo, Polotio Zou (Anna Stanislaus), Ganit Id Ginawoku (Cosmas
Chin), Aiso Nodi (Petrus Martin) dan Titungkap Piginawaan hasil ciptaan Minami
Sugali Anduini.
Pertandingan
Sugandoi Kaamatan itu disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri dan
Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Majlis
itu turut dimeriahkan dengan persembahan bekas juara sugandoi kaamatan pada
tahun-tahun sebelum ini.
Antara
tujuan penganjuran pertandingan Sugandoi Kaamatan ialah untuk mencungkil
bakat-bakat baru di kalangan belia tempatan di samping memartabatkan budaya dan
lagu-lagu tempatan terutamanya Kadazandusun Murut.
![]() |
Penampilan
dan nyanyian mantap daripada Gedion.
|
![]() |
Persembahan
daripada Fransisca
|
![]() |
Jacklyn ketika menyanyikan lagu “Oi Apa”.
|
![]() |
Azlee, peserta dari Kudat.
|
No comments:
Post a Comment