Pengerusi Penganjur KDCA ISCEP Konsert
Kaamatan 2013, Flavia Ignatius berkata,
konsert itu melibatkan peserta dari 16
buah sekolah yang akan membuat persembahan berupa tarian kebudayaan dan moden,
nyanyian dan bermain alat muzik tradisi.
Konsert bertemakan "Kekalkan
Muhibbah dan Persefahaman Melalui
Kaamatan".
Kata Flavia, kebudayaan dari pelbagai etnik
Sabah akan dipersembahkan oleh para peserta, yang telah membuat persediaan awal
menghadapi konsert tersebut sebagai usaha ISCEP dalam memertabatkan budaya di
kalangan generasi muda.
Tiket RM5 dikenakan seorang sempena konsert
tersebut yang akan diadakan di Dewan Utama KDCA, Penampang bermula pada jam 7
malam.
Konsert itu akan dirasmikan oleh Huguan
Siou Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Pengarah Pelajaran Negeri, Jame Alip dan
Pengarah Kebudayaan Kesenian Negara, Kipli Gitam turut hadir di konsert tersebut.
Turut
diadakan cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah menarik berupa Samsung Galaxi Tab, Samsung Ipad, Komputer
Riba dan hamper.
![]() |
ANTARA gambar-gambar menunjukkan veriasi persembahan pada Konsert Kaamatan KDCA-ISCEP 2013 yang bakal diadakan esok.
|
No comments:
Post a Comment