SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti PAS, PKR dan DAP memerintah negeri itu.
Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd
Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar
tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat
kenyataan berhubung perkara itu.
"Dewan Pemuda PAS negeri
Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida
Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor
adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri
terhadap kemampuan diri sendiri.
"Mungkin PKR Selangor masih
bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN (dewan undangan negeri di)
Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada pilihan raya umum Ahad
lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu dengan
PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. Barisan
Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi DUN.
Mohd Sany berharap pimpinan
pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam
masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.
No comments:
Post a Comment