SIBU: Anggota Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang berkecil hati kerana tidak dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Oleh kerana terlalu ‘mengaus’ beliau menolak mentah-mentah
tawaran pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu menyifatkan
jawatan timbalan menteri itu sebagai ‘kasta
rendah’.
"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada
orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), 5 Mei lepas.
“Daripada membuang masa memegang jawatan timbalan menteri, sekarang
saya memilih keluarga saya," jelasnya.
“Mungkin saya akan mempertimbangkan jika ianya adalah
jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh,” ujarnya lagi.
Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan
menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu
dari PKR dengan majority 5,955 undi.
No comments:
Post a Comment