Keputusan dua parti terbesar kaum Cina Barisan Nasional (BN)
itu adalah atasdasar 'menghormati keputusan pengundi' selepas kedua-dua parti
itu mencapaiprestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
Antara nama yang disebut untuk dilantik sebagai menteri
mewakili kaum tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif
Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing.
Anggota Parlimen Bintulu berusia 52 tahun itu merupakan
bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tiong, lulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sains
politik dari Royal Ireland Institute of Business and Technology, merupakan
seorang usahawan dalampembangunan hartanah, pembinaan dan industri kayu sejak 20 tahun lepas.
Selain Tiong, dua anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu
Datin Linda Tsen Thau Lin, 57, anggota Parlimen Batu Sapi dan juga Datuk Mary
Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, 62, anggota Parlimen Tawau, turut dikaitkan
sebagai calon Kabinet.
Linda Tsen merupakan Timbalan Ketua Wanita PBS dan mula
bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 Nov 2010 berikutan kematian
suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya.
Mary Yap merupakan perunding kanan di Institut Aminuddin
Baki dan merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah
kluster.
Selain itu, beberapa nama anggota Parlimen dari Umno turut
dipertimbangkan dan antaranya Datuk Halimah Mohd Sadique, 51, anggota Parlimen
Tenggara.
Beliau dikatakan akan mengisi jawatan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan pengalamannya selama empat penggal
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita dan
Kesihatan Johor sejak 1995.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, 37, dan rakan
seangkatannya Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican, 41, turut disebut antara muka baharu yang akan menyertai Kabinet kali
ini.'
Khairy, pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd,
merupakan anggota Parlimen Rembau untuk dua penggal dan Reezal Merican
merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
Selain itu, tiga bekas menteri besar antara nama-nama
disebut iaitu bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, 62, bekas
menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, 53, dan bekas menteri besar
Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, 58.
Bekas anggota Kabinet yang dijangka kembali semula ialah
Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, 61, dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, 64.
No comments:
Post a Comment