SEORANG pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di Shah Alam, Selangor, awal hari ini.
Pelakon berusia 25 tahun itu,
yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas
pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki
Hussin, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang
sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais
berdasarkan maklumat awam.
"Dia ditahan mengikut
Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini
pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia
serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir
begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment