PERSATUAN
Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan, larangan terhadap penggunaan
perkataan ‘Allah’ oleh komuniti bukan Islam di negara ini masih terpakai ekoran
terdapat perintah penggantungan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penerbitan
berbahasa Melayu The Herald.
"Oleh
kerana terdapat perintah penggantungan terhadap keputusan awal Mahkamah Tinggi
pada 31 Disember 2011 berhubung kebenaran menggunakan nama Allah di dalam
penerbitan berbahasa Melayu The Herald, maka kedudukan sedia wujud yang
melarang penggunaan nama Allah bagi penganut agama bukan Islam adalah tetap
terpakai dan masih berkuatkuasa sehingga kes ini dilupuskan sepenuhnya oleh
Mahkamah di negara ini," katanya.
Tegas
beliau, mana-mana pihak yang masih berdegil menggunakan perkataan itu adalah
melanggar kesalahan dan peraturan di negara ini.
No comments:
Post a Comment