UNDUK NGADAU ... Barisan 25 peserta Unduk Ngadau
Kota Belud 2013.
|
RASMI ... Musa
memalu gong sebagai simbolik pelancaran Pesta Kaamatan pering- kat negeri.
|
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan berkata Najib selaku Perdana Menteri juga membuktikan dirinya
peka dengan kehendak setiap lapisan masyarakat menerusi pelaksanaan pelbagai
program.
“Perdana Menteri mempunyai rekod prestasi yang
baik, sama ada dari segi ekonomi, infrastruktur atau sosial dan beliau telah
banyak kali turun padang melihat masalah kita.
“Apabila ada pemimpin yang baik dan sering
melaksanakan tugas dengan cemerlang, maka tiada alasan untuk kita melepaskannya
supaya kesinambungan kemajuan di sini dapat diteruskan,” katanya semasa berucap
pada pelancaran Pesta Keaamatan peringkat negeri yang dilakukan oleh Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Aman, di padang pekan Kota Belud di sini, hari ini.
Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah,
berkata Najib banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di
Sabah sejak dahulu termasuk penubuhan suruhanjaya siasatan diraja bagi
menyelesaikan isu pendatang tanpa izin.
Mengulas Pesta Kaamatan itu, Pairin yang
digelar Huguan Siou (Pemimpin Agung) oleh masyarakat Kadazandusun Murut, selaku
Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Sabah, berkata sambutan
berkenaan merupakan jambatan perpaduan pelbagai etnik yang terdapat di Sabah.
“Sambutan ini juga memberi peluang terbaik
untuk kita menunjukkan keunikan budaya yang merupakan sebahagian daripada
khazanah negara yang tidak ternilai di zaman moden ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment