![]() |
Immaculate (dua kiri), Hemy (dua kanan), Ashley (kiri) dan Roseanne (kanan).
|
KOTA KINABALU:Cik Immaculate Lojuki, 20, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu selepas mengalahkan 14 peserta lain dalam pertandingan itu sekali gus mewakili daerah Kota Kinabalu ke pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri pada 31 Mei ini.
Dengan kemenangan itu beliau menerima hadiah wang tunai
RM4,000, barangan kemas bernilai RM3,000, telefon bimbit Digi bernilai RM2,500
dan mahkota bernilai RM8,000 dan piala.
Naib johan pula dimenangi oleh Cik Hemy Manjadi, 23, dengan
membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan mahkota berlian bernilai RM6,000
dan barangan kemas bernilai RM2,000 serta piala.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Cik Ashley Selvi
Ravindran, 21 menerima hadiah wang tunai RM2,000, mahkota berlian bernilai
RM4,500 dan barangan kemas bernilai RM1,500 serta piala.
Tempat keempat pula dimenangi oleh Cik Roseanne Yay, 22,
menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan barangan kemas bernilai RM500.
Pemenang tempat pertama hingga keempat masing-masing akan
mewakili daerah Kota Kinabalu, Likas,
Tanjung Aru dan Inanam ke pertandingan akhir peringkat negeri Sabah di Dewan
KDCA Penampang.
Immaculate turut memenangi gelaran Miss Personaliti dan
menerima hadiah barangan kemas bernilai RM1,000, manakala kategori Pilihan
Ramai dan Aramaiti dimenangi oleh Cik Ryannie Neils Yong, 18 dan Miss Digi
dimenangi oleh Cik Stacey Elev Baritus Gungkit.
No comments:
Post a Comment