KOTA KINABALU: Majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah akan diadakan pada 13 Jun ini di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Likas, dekat sini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa haji Aman,
berkata perasmian penggal baharu sidang DUN pula akan disempurnakan Yang
Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada 17 Jun, 9.30 pagi.
“Sesi perbahasan akan bermula dari 18 hingga 19
Jun manakala sesi penggulungan pada 20 Jun,” katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri, hari ini.
Mengenai kehadiran 12 wakil rakyat pembangkang
di DUN Sabah kali ini, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri
berkata: “Tidak mengapa, macam biasa, kita terima...ada tempat duduk yang
tersedia (untuk mereka).”
Musa
mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri
di Istana Negeri, di sini, pada 6 Mei lepas, sehari selepas BN Sabah mengekalkan
penguasaan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Jemaah Menteri Sabah pula menerima watikah
pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri empat hari kemudian.
Pada PRU13 itu, BN Sabah memenangi 48 daripada
60 kerusi DUN, selain menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen.
No comments:
Post a Comment