Thursday, 2 May 2013

Penduduk Pulau Keniogan ‘tak nak pembangkang’

SANTAI ... Madlis (duduk, tengah) melayan mesra Ronald dan Michael yang sempat meluangkan masa untuk berkunjung ke rumahnya di pulau berkenaan.


GELOMBANG BIRU ... Sokongan yang padu ditunjukkan penduduk di Pulau Keniogan menandakan kemenangan untuk ketiga-tiga calon BN pada PRU13 nanti.

HIDUP BARISAN ... Madlis (tengah) di samping Ronald dan Michael mengibarkan bendera BN bersama-sama penduduk kampung sebaik bermulanya majlis itu. 


BELURAN: Ketua Kampung Pulau Keniogan, Datuk Haji Madlis Aziz, mahu semua pengundi berdaftar di pulau itu supaya memangkah logo Barisan Nasional pada kertas undi Ahad ini.

Katanya, dengan memangkah logo BN pada kertas undi itu bermakna kita telah mengundi semua calon BN.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, calon BN Labuk, Datuk Seri Metah @ Michael Asang dan calon BN Sugut, Datuk James Ratib.

“Kita sokong hanya calon-calon BN sahaja, logo-logo parti pembangkang dan calon-calon mereka kita tolak mentah-mentah,” tegasnya.

"Saya tidak berniat untuk memperkecil-kecilkan pembangkang tetapi hakikatnya adalah benar sebab, pembangkang  tidak mampu membawa apa-apa perubahan besar kepada pulau ini.

Madlis yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Keniogan menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di dewan serbaguna pulau itu,Rabu (1 Mei, 2013).

Hadir sama calon BN bagi kerusi Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan calon BN Labuk, Datuk Seri Metah @ Michael Asang.

Menurutnya lagi, penduduk Pulau Keniogan telah mengecapi limpahan pembangunan yang dibawa BN seperti pembinaan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selain penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur.

Dari segi pendidikan pula, katanya, anak-anak di pulau ini tidak pernah tercicir setiap program bantuan pendidikan yang telah meringankan beban ibu bapa terutama golongan susah.

"Pulau Keniogan adalah kubu kuat bagi BN sejak sekian lama ... janganlah pihak-pihak tertentu cuba pula mempertikaikan pembangunan yang sudah dilaksanakan BN.

"BN telah melakukan yang terbaik kepada penduduk di pulau ini, saya yakin dan percaya kemenangan mutlak kepada calon-calon BN untuk ketiga-tiga kerusi tersebut," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.







No comments:

Post a Comment