PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini mempersoal surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar.
Azmin, yang juga Anggota Dewan
Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan
Azizah semalam (Khamis) itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan
bersama oleh semua Adun parti itu.
"Oleh itu, atas inisiatif
rakan-rakan kami telah mengadakan mesyuarat melibatkan Majlis Pimipinan (PKR)
Negeri Selangor petang semalam (Khamis) dan memutuskan beberapa nama calon yang
layak untuk jawatan menteri besar dan diserahkan kepada Wan Azizah semalam
(Khamis).
"Saya tidak persoalkan
keputusan PAS-DAP berhubung calon menteri besar, tapi saya bimbang tentang
keputusan surat yang dihantar ke istana tanpa terlebih dahulu berbincang dengan
Adun PKR lain, yang juga satu daripada tiga komponen dalam Pakatan
Rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Azmin berkata, setakat ini semua
Adun PKR yang dipilih oleh rakyat belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan
mereka tentang calon menteri besar, termasuk dirinya.
Beliau juga mengakui konsensus
bagi membuat sebarang keputusan dalam Pakatan Rakyat adalah baik tetapi
malangnya perkara itu tidak berlaku di dalam PKR.
Dalam pada itu, Azmin turut
mendesak kepimpinan negeri yang bakal dipilih melakukan reformasi pentadbiran
dengan menggunakan rizab bernilai RM2.6 bilion dengan bersikap responsif
terhadap permasalahan rakyat seperti isu jalan berlubang, sampah yang tidak
dipungut, masalah bekalan air dan banjir.
Berhubung dakwaan beliau kemaruk
jawatan menteri besar, Anggota Parlimen Gombak itu berkata sekiranya beliau
bersikap sedemikian, jawatan itu telah pun disandangnya sejurus pilihan raya
kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
Katanya jawatan itu telah
ditawarkan kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah parti sangat
tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan amalan
demokrasi yang melampau dalam pentadbiran negeri, namun menolaknya demi menjaga
kestabilan parti.
"Saya tegaskan bahawa ini
bukan isu Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar, isunya adalah proses
pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan mestilah melalui
perundingan yang telus seperti dituntut Al-Quran tetapi jelas dalam proses
memilih calon menteri besar, anjuran Al-Quran ini tidak dipatuhi.
No comments:
Post a Comment