![]() |
DIPENUHI AIR … Astaka dan padang yang digunakan pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 1 Mei lalu diitenggelami air. |
![]() |
TURUT DILIMPAHI AIR … salah satu jalan di pekan Kota Belud turut banjir. |
TERSELAMAT … dua ekor anjing yang menjadikan astaka bola keranjang sebagai tempat menyelamatkan diri daripada banjir. |
![]() |
TENGGELAM … jambatan besi yang menghubungkan kawasan Pasar Tani dan kawasan Sri Rangan ditenggelami air. |
OLEH WARTAWAN SIDANG RAKYAT
KOTA BELUD: Hujan lebat yang turun tidak henti-henti dari pagi hingga malam pada Jumaat menyebabkan pekan di sini dilanda banjir kilat.
Astaka Kota Belud yang menjadi lokasi pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada 1 Mei lalu turut ditenggelami air akibat daripada limpahan air Sungai Tempasuk.
Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah padang, pasar tani, jalan raya di kawasan Kedai Gui Brother, lokasi replika Selamat Datang Kota Belud yang berhampiran Public Bank dan Stesen Minyak Esso juga dilimpahi air.
Banjir kilat itu selain menyebabkan para peniaga tempatan tidak dapat menjalankan perniagaan rutin mereka, ia juga menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga jam 10 pagi.
Warga Kota Belud menggesa pihak berkuasa tempatan di sini supaya mengkaji semula sistem peparitan di pekan itu bagi mengelak berlakunya banjir kilat pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment