![]() |
HAMISA bersama rakyat di Kampung Kuala Merotai semasa Majlis Penutupan Sukaneka Kg Kuala Merotai, kelmarin.
|
TAWAU: Masyarkatat harus mempunyai kemahiran dan kepakaran IT, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.
Katanya, IT kini
telah menjadi sebahagian rutin kehidupan manusia, suka atau tidak ledakan
teknologi canggih itu terus berkembang mengikut zaman.
Hamisa juga mengingatkan masyarakat supaya menjadi pengguna
IT yang bijak dan sihat jiwa dan minda.
"Manakala pengguna dalam kalangan kanak-kanak perlu dipantau kerana banyak laman
sosial banyak mempengaruhi minda anak-anak," tambahnya.
Hamisa juga mengakui, bahawa IT merupakan medium maya yang cepat
untuk mendapatkan maklumat tetapi, semua maklumat harus ditapis sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment