SAKSIKAN ... Musa sedang menyaksikan tayangan video mengenai industri minyak ketika melawat gerai kelmarin.
|
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata selain
itu, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sabah serta Asian Supply
Base berkenaan akan mewujudkan sehingga 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk
tempatan.
“Saya difahamkan, dalam fasa-fasa awal sahaja dianggarkan
lebih kurang 500 peluang pekerjaan ditawarkan dan dijangka meningkat sehingga
1,000 orang apabila keseluruhan fasa selesai.
“Ini akan membantu meningkatkan pendapatan, kemahiran
serta kemampuan warga tempatan yang ingin menceburkan diri dalam industri
minyak dan gas serta sektor berkaitan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan
peringkat negeri yang bertema ‘Kekalkan Semangat Muhibah dan Persefahaman
Melalui Kaamatan’ di padang pekan Kota Belud. Pada majlis sama beliau turut
melancarkan Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas Teluk Usukan.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan negeri
Sabah, calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul
Rahman Dahlan, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Datuk Seri Salleh
Tun Said, DUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli dan DUN Kadamaian, Datuk Herbet
Lagadan.
Musa yang juga pengerusi BN negeri, berkata projek itu
membuktikan kesungguhan kerajaan negeri membangunkan Sabah selain memastikan
setiap rakyat menikmati pembangunan hasil daripada kestabilan politik, ekonomi
dan sosial di negara ini.
Sehubungan itu rakyat di Sabah, khususnya di Kota Belud,
harus mengetepikan perasaan ingin “menderhaka” kepada kerajaan BN yang komited
memacu pembangunan di seluruh Sabah demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,
katanya.
Pada masa yang sama, Musa mengajak rakyat di Sabah
menjadikan Kaamatan sebagai wadah memperkasakan sektor pertanian dan industri
asas tani agar lebih berdaya saing dan berdaya tahan bagi menghadapi cabaran
ekonomi global.
“Bersesuaian dengan situasi ekonomi semasa, pesta ini
tidak seharusnya dilihat sebagai medan bagi memperkukuhkan semangat perpaduan
dan memartabatkan seni warisan budaya semata-mata,” katanya.
Pesta Kaamatan itu, katanya adalah manifestasi kepentingan
sektor pertanian sebagai antara sektor terpenting yang mampu menjana
pertumbuhan ekonomi terutama di daerah Kota Belud yang dikenali sebagai ‘jelapang
padi’.
Pesta Kaamatan yang diraikan kaum Kadazandusun Murut
antara lain bertujuan mempamer kekayaan kebudayaan warisan kebudayaan negeri
Sabah dan dirayakan sepanjang bulan Mei dengann acara kemuncak biasanya
berlangsung di Bangunan Hongkod Koisaan Penampang pada 30 dan 31 Mei.
No comments:
Post a Comment