KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat (gambar) menyifatkan pelantikannya sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar.
Pelantikan itu
adalah tugas mencabar dan, beliau berjanji akan melaksanakan peranan yang
diberikan itu dengan gigih.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah
atas kepercayaan dan keyakinannya terhadapnya bagi menjalankan tanggungjawab
sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan
Teknologi Maklumat negeri dalam barisan Kabinet Sabah 2013.
Ketika mengulas
pelantikannya itu, Hamisa turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri,
Datuk Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam
kenyataannya hari ini.
Hamisa yang juga
Ketua Pergerakan Wanita Umno berharap dapat melaksanakan tugasnya itu dengan
berkesan hasil kerjasama semua pihak.
"Kita akan
bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar
dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” katanya.
Hamisa yang mengekalkan kemenangan bagi kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Tanjung Batu melahirkan komitmen meneruskan program pembangunan dan kemajuan di kawasan itu.
Menurut beliau, mandat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada
5 Mei lalu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bekerja lebih keras bagi
membela nasib rakyat.
Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Hamisa menewaskan calon Pas, Fatmawaty
Mohd. Yusuf dengan majoriti 7,630 undi.
No comments:
Post a Comment