Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Sunday, 2 June 2013

Abdul Rahman yakin DUN Kadamaian kembali kepada BN pada PRU14


ABADIKAN KENANGAN … Abdul Rahman (tengah) merakam gambar Unduk Ngandu Kampung Tambulion, Junika Ak James Jarit, Haniloreyana Kuantin(kiri) dan Priscilla Fred Angguar (kanan).
OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan kembali kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.


Katanya, Pilihan Raya Umum ke-13 sudah berakhir dan yang berlalu biarkan berlalu.

“Perdana Menteri memberi tahu saya bahawa saya bukan Menteri untuk Bumi putera sahaja tetapi untuk semua kaum, tanpa mengira agama dan latar belakang dan, saya berhasrat untuk melaksanakan arahan ini untuk berkhidmat kepada semua, sama ada mereka mengundi untuk Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang (PR),” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Tambulion Ulu, dekat sini baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata  rakyat mesti diyakinkan tentang pendirian BN supaya rakyat, khususnya golongan belia akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional PRU14 khususnya di DUN Kadamaian.

Beliau juga memberi jaminan bahawa penduduk Kadamaian sesakali tidak akan diketepikan walaupun telah memilih pembangkang pada PRU13. Kerajaan sekarang komited untuk bekerja keras untuk memulih semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terdadap BN.

Abdul Rahman juga akan mempastikan Kota Belud akan mendapat perhatian daripada kementriannya dan berjanji akan menjadikan Kota Belud daerah yang  terbaik di Sabah.

Dalam pada itu, Abdul Rahman bersama jentera BN mengucap terima kasih kepada masyarkat Kampung Tambulion kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13.

Menyentuh mengenai Pesta Kaamatan, beliau berasa bangga bersama masyarakat Kampung Tambulion Ulu kerana dapat mengekalkan perpaduan dan teloransi menerusi pelbagai veriasi kebudayaan.

Sehubungan itu, beliau juga meluluskan permohonan masyaratan Kampung Tambulion Ulu untuk membina sebuah balai raya yang kosnya dianggarkan bernilai RM100,000.

Turut hadir Setiausaha Politik Menter Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Kibin, Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Idris Nanteh, Ketua Cawangan Khas IDP Kota Belud, ASP Lores Matios dan Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU), Supian Musa.

Sementara itu, Cik  Junika Ak James Jarit diumumkan Unduk Ngadau Kampung Tambulion Ulu 2013, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Cik Haniloreyana Kuantim dan Cik Priscilla Fred Angguar.
RASMI … Abdul Rahman memasukkan padi dalam wakid simboki merasmikan Pasta Kaamatan Tambulion Ulu.



Wednesday, 22 May 2013

Gerakan cadang semua parti komponen BN bergabung


KUALA LUMPUR: (22 Mei, 2013) - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bergabung menjadi satu parti sahaja bagi meraih kembali sokongan rakyat dan mengelakkan masalah perkauman, kata Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn hari ini.

Katanya, cadangan itu merupakan transformasi yang wajar dilakukan BN setelah mencapai keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memenuhi aspirasi rakyat negara ini terutama generasi muda sekarang.

“Ia juga selaras dengan perkembangan senario politik selepas PRU13 yang telah berlaku di mana golongan muda lebih menjurus ke arah menyokong parti dan bukannya memilih calon pada PRU13.

“Kami berpendapat semua parti perlu menjadi parti yang bukan berasaskan perkauman, di mana penggabungan semua parti-parti komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak dapat membawa imej baru daripada BN bagi memastikan sokongan mereka terhadap BN dapat dikembalikan dan menjaminkan perpaduan di kalangan anggotanya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti di sini.

Pada PRU13 5 Mei lalu, Gerakan hanya menang satu kerusi parlimen (Simpang Renggam, Johor) daripada 11 kerusi yang ditandingi, manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya memperoleh tiga kerusi iaitu Pemanis di Johor serta Tanjong Papat dan Elopura di Sabah daripada 31 kerusi yang ditandingi. 

Chang berkata parti itu akan membincangkan keputusan penerimaan jawatan dalam kerajaan pada mesyuarat jawatankuasa pusat yang dijangka diadakan pada minggu ketiga bulan depan.

Katanya keputusan yang dibuat pada 11 Mei lepas terlalu tergesa-gesa kerana ia dibuat beberapa hari sejurus selepas PRU13 berlangsung.

Beliau berpendapat parti komponen BN tanpa mengira MCA atau Gerakan harus menerima jawatan dalam kerajaan walaupun kalah teruk pada PRU13 bagi meneruskan transformasi kerajaan BN.

“Melainkan jika anda tidak setuju dengan dasar BN maka anda menolak jawatan itu, tapi jika anda masih dengan BN jadi anda mesti setuju menerima jawatan yang ditawarkan untuk memastikan BN dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melaksanakan transformasi mereka,” katanya.  

Ditanya mengenai penerimaan masyarakat terhadap Gerakan jika menerima semula jawatan dalam kerajaan, Chang berkata keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan pusat dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang boleh diubah dan bukannya pada Mesyuarat Agung Tahunan parti.

 “Perubahan perlu dilakukan selaras dengan keperluan dan kehendak masyarakat bukannya tidak boleh (menerima jawatan kerajaan) buat selama-lamanya, oleh itu kami akan membawakannya kepada mesyuarat untuk membincangkan semula,” katanya.

Dalam pada itu, Chang menyelar tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang mengadakan pelbagai perhimpunan bagi membantah keputusan PRU13 yang mendakwa kononnya mereka mendapat undi popular lebih banyak daripada BN.

“Mereka perlu faham negara ini mengamalkan sistem pilihan raya Westminster iaitu pengiraan jumlah kerusi dan bukannya berdasarkan bilangan undi, keputusan PRU13 juga diiktiraf seluruh negara. 

“Jika mereka mahu meminda sistem pilihan raya yang sedia ada ini, mereka seharusnya mengikuti prosedur iaitu membentang usul itu di Parlimen dan mendapat persetujuan semua pihak, bukannya dengan cara mengadakan perhimpunan bagi menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan BN,” katanya.

SPR warta keputusan PRU13, petisyen boleh difailkan


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai esok.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, beliau berkata petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.


Pemimpin APS cadang tubuh parti politik


KOTA KINABALU: ( 22 Mei , 2013) - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Perubahan Sabah (APS), yang bekerjasama rapat dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum lepas, kini mempertimbang kemungkinan mendaftar sebagai sebuah pertubuhan politik.

Mengumumkan demikian, pengerusi APS Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata anggota majlis tertinggi (MT) badan itu berpendapat langkah itu perlu bagi mewujudkan platform untuk meneruskan perjuangan politik.


Bumburing, ahli dewan negeri yang baru dipilih bagi kerusi Tamparuli, enggan mendedahkan butir-butir termasuk nama bagi parti yang dicadangkan itu.  


Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT APS di sini hari ini, Bumburing berikrar bahawa APS akan kekal bekerjasama rapat dengan PR.  

Beliau turut menyatakan kesediaan membincangkan rancangan bagi membentuk gabungan pembangkang yang lebih luas dengan parti-parti pembangkang lain di Sabah termasuk STAR and SAPP. 


“Berdasarkan maklum balas di peringkat bawahan...ini yang mereka mahu.


Mereka mahu semua parti pembangkang di Sabah bersatu,” kata beliau.


Kepada satu soalan, Bumburing berkata panel peguam APS sedang mengkaji sama ada akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi calon-calonnya yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang tewas di kawasan yang dikatakan dicemari amalan salah laku termasuk politik wang.
 

Thursday, 16 May 2013

Salang berkecil hati


SIBU:  Anggota Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang berkecil hati kerana tidak dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Oleh kerana terlalu ‘mengaus’ beliau menolak mentah-mentah tawaran pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu menyifatkan jawatan timbalan menteri  itu sebagai ‘kasta rendah’.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

“Daripada membuang masa memegang jawatan timbalan menteri, sekarang saya memilih keluarga saya," jelasnya.

“Mungkin saya akan mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh,” ujarnya lagi.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majority 5,955 undi.

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI BARISAN KABINET PERSEKUTUAN 2013


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan

Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P. Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:

Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air

Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Adun Sabah angkat sumpah 13 Jun ini


KOTA KINABALU:  Majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah akan diadakan pada 13 Jun ini di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Likas, dekat sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa haji Aman, berkata perasmian penggal baharu sidang DUN pula akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada 17 Jun, 9.30 pagi.

“Sesi perbahasan akan bermula dari 18 hingga 19 Jun manakala sesi penggulungan pada 20 Jun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri, hari ini.

Mengenai kehadiran 12 wakil rakyat pembangkang di DUN Sabah kali ini, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata: “Tidak mengapa, macam biasa, kita terima...ada tempat duduk yang tersedia (untuk mereka).”

Musa  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri di Istana Negeri, di sini, pada 6 Mei lepas, sehari selepas BN Sabah mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Jemaah Menteri Sabah pula menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri empat hari kemudian.

Pada PRU13 itu, BN Sabah memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN, selain menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen.

Tuesday, 14 May 2013

Muka baharu dari Sabah, Sarawak isi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet Persekutuan

KOTA KINABALU: Muka baharu dari Sabah dan Sarawak disebut-sebut akan mengisi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet berikutanpendirian MCA dan Gerakan tidak mahu  menerima jawatan dalam kerajaan.

Keputusan dua parti terbesar kaum Cina Barisan Nasional (BN) itu adalah atasdasar 'menghormati keputusan pengundi' selepas kedua-dua parti itu mencapaiprestasi buruk pada Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Antara nama yang disebut untuk dilantik sebagai menteri mewakili kaum tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing.
Anggota Parlimen Bintulu berusia 52 tahun itu merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiong, lulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sains politik dari Royal Ireland Institute of Business and Technology, merupakan seorang usahawan dalampembangunan hartanah, pembinaan  dan industri kayu sejak 20 tahun lepas.

Selain Tiong, dua anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin, 57, anggota Parlimen Batu Sapi dan juga Datuk Mary Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, 62, anggota Parlimen Tawau, turut dikaitkan sebagai calon Kabinet.

Linda Tsen merupakan Timbalan Ketua Wanita PBS dan mula bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 Nov 2010 berikutan kematian suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya.

Mary Yap merupakan perunding kanan di Institut Aminuddin Baki dan merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.

Selain itu, beberapa nama anggota Parlimen dari Umno turut dipertimbangkan dan antaranya Datuk Halimah Mohd Sadique, 51, anggota Parlimen Tenggara.

Beliau dikatakan akan mengisi jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan pengalamannya selama empat penggal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Johor sejak 1995.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, 37, dan rakan seangkatannya Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, 41, turut disebut antara muka baharu yang akan menyertai Kabinet kali ini.'

Khairy, pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, merupakan anggota Parlimen Rembau untuk dua penggal dan Reezal Merican merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu, tiga bekas menteri besar antara nama-nama disebut iaitu bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, 62, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, 53, dan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, 58.

Bekas anggota Kabinet yang dijangka kembali semula ialah Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, 61, dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, 64.

Monday, 13 May 2013

Amanah besar, kata Hamisa


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat (gambar) menyifatkan pelantikannya sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar.

Pelantikan itu adalah tugas mencabar dan, beliau berjanji akan melaksanakan peranan yang diberikan itu dengan gigih.

 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan dan keyakinannya terhadapnya bagi menjalankan tanggungjawab sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri dalam barisan Kabinet Sabah 2013.

Ketika mengulas pelantikannya itu, Hamisa turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam kenyataannya hari ini.
Hamisa yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berharap dapat melaksanakan tugasnya itu dengan berkesan hasil kerjasama semua pihak.

"Kita akan bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” katanya.

Hamisa yang mengekalkan kemenangan  bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu melahirkan komitmen meneruskan program pembangunan dan kemajuan di kawasan itu.
Menurut beliau, mandat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bekerja lebih keras bagi membela nasib rakyat. 

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Hamisa menewaskan calon Pas, Fatmawaty Mohd. Yusuf dengan majoriti 7,630 undi.


Saturday, 11 May 2013

Pilihan orang muda bukan sekadar retorik: Jamawi

BERI SEMANGAT … Jamawi memberi semangat kepada golongan muda supaya terus memberi sokongan kepada agenda BN untuk memperkaskan golongan pemuda.

OLEH GINDANAU SAKAT

TENOM: Slogan Barisan Nasional Pilihan Orang Muda bukan sekadar retorik semata-mata sebaliknya merupakan satu realiti yang menunjukkan sokongan golongan itu terhadap BN.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom , Jamawi Jaafar, berkata slogan itu merupakan satu penghargaan aspirasi kepada golongan muda yang melihat hanya BN mampu menyediakan yang terbaik untuk mereka.

Menurutnya, peningkatan ketara sokongan orang muda  dapat dilihat menerusi  jumlah undi yang diberikan oleh golongan ini  kepada calon calon BN terutamanya di saluran 2 dan 3 pada PRU13 kali ini.  

“Undi yang  mereka berikan kepada calon BN khususnya di Parlimen Tenom  cukup memberangsangkan  kecuali di dua daerah mengundi iaitu di Peti Undi Tenom Utara dan Tenom Selatan.

“Kkita tewas dan ini membuktikan slogan BN Pilihan Orang Muda bukanlah sekadar retorik dan persepsi semata-mata,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin (10 Mei, 2013) bagi mengulas sokongan golongan muda kepada BN pada PRU13.

Jamawi yang turut memberikan fokas bagi menemuai pengundi muda semasa berkempen membantu calon calon BN di Tenom pada pilihanraya  lepas turut menghargai sokongan golongan muda kepada calon-calon BN di kawasan itu dan menyakini sokongan itu merupakan aspiriasi golongan muda kepada BN yang tidak pernah meminggirkan mereka dalam agenda tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

“Jika mereka tidak menghargai usaha serta agenda yang telah kita laksanaan sebelum ini sudah tentu mereka tidak akan menyokong perjuangan parti “ katanya 

Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mengakui segala program yang dilakukan selama ini seperti Aktiviti sukan, riadah, pendidikan, keagamaan serta aktiviti lain yang sesuai dengan cita rasa golongan ini turut membantu usaha meremajakan parti sekali mengajak golongan ini untuk bersama memperjuangkan masa depan bangsa agama dan negara 
Menurutnya, program yang atur itu bukan bermusim atau mempunyai agenda tertentu tetapi akan dilaksanakan secara berterusan bagi memenuhi kehendak sosial golongan muda melalui aktiviti bermanfaat.

“Golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya.

“Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir pembangkang dapat memberi apa-apa kepada mereka.

“Lebih-lebih lagi atas keprihatinan khusus diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka masalah dan bentuk pembangunan aspirasi rakyat termasuk untuk golongan muda,” katanya.


Friday, 10 May 2013

TIADA PERJANJIAN MB SELANGOR MESTI DARIPADA PKR - DEWAN PEMUDA PAS S'GOR


SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti PAS, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri. 

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN (dewan undangan negeri di) Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu dengan PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi DUN.

Mohd Sany berharap pimpinan pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.

AZMIN PERSOAL SURAT DIHANTAR PRESIDEN PKR KEPADA SULTAN BERHUBUNG CALON MB SELANGOR


PETALING JAYA:  Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini mempersoal surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar.

Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah semalam (Khamis) itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua Adun parti itu.

"Oleh itu, atas inisiatif rakan-rakan kami telah mengadakan mesyuarat melibatkan Majlis Pimipinan (PKR) Negeri Selangor petang semalam (Khamis) dan memutuskan beberapa nama calon yang layak untuk jawatan menteri besar dan diserahkan kepada Wan Azizah semalam (Khamis).

"Saya tidak persoalkan keputusan PAS-DAP berhubung calon menteri besar, tapi saya bimbang tentang keputusan surat yang dihantar ke istana tanpa terlebih dahulu berbincang dengan Adun PKR lain, yang juga satu daripada tiga komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Azmin berkata, setakat ini semua Adun PKR yang dipilih oleh rakyat belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri besar, termasuk dirinya.

Beliau juga mengakui konsensus bagi membuat sebarang keputusan dalam Pakatan Rakyat adalah baik tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku di dalam PKR.

Dalam pada itu, Azmin turut mendesak kepimpinan negeri yang bakal dipilih melakukan reformasi pentadbiran dengan menggunakan rizab bernilai RM2.6 bilion dengan bersikap responsif terhadap permasalahan rakyat seperti isu jalan berlubang, sampah yang tidak dipungut, masalah bekalan air dan banjir.

Berhubung dakwaan beliau kemaruk jawatan menteri besar, Anggota Parlimen Gombak itu berkata sekiranya beliau bersikap sedemikian, jawatan itu telah pun disandangnya sejurus pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.

Katanya jawatan itu telah ditawarkan kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah parti sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan amalan demokrasi yang melampau dalam pentadbiran negeri, namun menolaknya demi menjaga kestabilan parti.

"Saya tegaskan bahawa ini bukan isu Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar, isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan mestilah melalui perundingan yang telus seperti dituntut Al-Quran tetapi jelas dalam proses memilih calon menteri besar, anjuran Al-Quran ini tidak dipatuhi. 

LIMA MUKA BARU DILANTIK ANGGOTA JEMAAH MENTERI SABAH


KOTA KINABALU: Lima muka baharu dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang, Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Anggota Jemaah Menteri yang dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.

Turut mengangkat sumpah ialah barisan pembantu menteri seramai 18 orang.

Sembilan muka baharu dilantik sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.

Pembantu menteri yang dikekalkan ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.

Berikutan itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Musa serta isteri Datin Seri Faridah Tusin.

Malaysia GE13: PKR deputy president Azmin Ali denies quitting

Azmin, speaking to the press today, said the party had bypassed the necessary consultation process in choosing a candidate for the post of Selangor Menteri Besar. 

SELANGOR remains the only state yet to name its Menteri Besar after last Sunday's polls, as internal tussles with the Pakatan Rakyat government hold up the announcement.
Mr Azmin Ali, Parti Keadilan Rakyat's deputy president, wants the party leadership to call a meeting soon to come to a "consensus through consultation" to decide on the post.
He, however, denied that he wanted the top post, or that he would resign from his party if not appointed.
"These rumours were created by Umno and BN to cast me in a negative light as an unscrupulous person to betray his party for material gain," he said at a press conference at the PKR headquarters on Friday.
"I'm confident with the PKR leadership and I will not leave this struggle," he said.
A tussle for the Selangor Menteri Besar post has reportedly been brewing since the May 5 polls between incumbent Tan Sri Khalid Ibrahim and Mr Azmin.
Mr Azmin has been opposition leader Anwar Ibrahim's right-hand man since the latter's Umno days as deputy Prime Minister before he was removed from office. Mr Khalid is, however, popular with the public.
PKR's other two allies - the Democratic Action Party and Parti Islam SeMalaysia - have thrown their support behind Mr Khalid, even though PKR has the fewest seats in the Selangor assembly.
Mr Azmin added that he and several Selangor assemblymen had submitted a list of candidates for the Menteri Besar post to PKR president Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Straits Times

Jam 11 pagi ini Azmin Ali umum letak jawatan jika...

SIDANG MEDIA ... Azmin sedang mengadakan sidang media di tempat yang tidak diketahui.

BERITA terkini yang diterima petang tadi (9 Mei, 2013, jam 7. 21 malam) mengatakan bahawa Azmin Ali mengadakan sidang media untuk mengumumkan perletakan jawatannya di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Tempat tidak dinyatakan. Mungkin atas faktor keselamatan.

Perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut.


Sebelum ini difahamkan Azmin Ali akan membuat sidang media esok (hari ini - 10 Mei, 2013)  di Hotel De Palma, 
Ampang di Selangor kira-kira pukul 11 pagi ini bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Malah ada perkhabaran yang mengatakan bahawa Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Khalid Gagap dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor. 

Sejauh mana kebenaran berita ini, sama-sama kita nantikan. - Sumber Facebook

Wednesday, 8 May 2013

Peningkatan majoriti undi bukti rakyat Kota Belud dahagakan pembangunan

RAHMAN
MUSBAH

 OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Datuk Musbah Jamli menyifatkan peningkatan majoriti undi kepada calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kota Belud, DUN Tempasuk dan Usukan di sini  sebagai satu  sejarah dan diterjemahankan bahawa masyarakat di daerah itu sangat dahagakan pembangunan.

SALLEH
Katanya, apapun keputusannya  di Kota Belud baru-baru ini, hakikatnya rakyat telah bersuara bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menunjuk amalan demokarasi di Malaysia ini masih subur.

“Keputusan itu adalah sebagai manifestasi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui kepimpinan negara yang menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN yang masih releven untuk membela nasip rakyat. 

Sehubungan ituMusbah mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon-calon yang menang dan para pengundinya.

Musbah yang bertanding di DUN Tempasuk memperolehi 8,495 undi dengan majoriti 5,210 undi berbanding majoritinya 2,432 pada PRU12 2008, mengalahkan Laiman Ikin (PAS) yang memperolehi 3,285 undi, Suwah Bulleh (STAR) 1,769 undi, Abdul Malik Mohed (SAPP) 319 undi  dengan 325 undi rosak.
Sementara itu, Timbalan Pengerui Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said memperolehi 10,879 undi dengan majoriti 6,812 undi berbanding majoriti 4,023 (Datuk Japlin Akim) pada PRU12 2008.

Salleh mengalahkan Mustapa @ Mohd Yunus Sakmud (PKR) berjaya memperolehi 4,067 undi dan calon STAR Bakaruddin Ismail mendapat 285 undi dan undi rosak 372.

Manakala Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen P.169 Kota Belud setelah memperolehi 21,768 undi dengan majoriti 5,095 undi berbanding majoriti 3,020 pada PRU12 2008.

Rahman menggalakan empat pencabarnya yang terdiri daripada Isnaraissah Munirah Bt. Majlis @ Fakharudy (PKR) 16,673 undi, Jalumin Bin Bayogoh (STAR) 2,709 undi, Lamsil Bin Amidsor (BEBAS) 979 undi dan Kanul Bin Gindol (BEBAS) 189 undi.

Datuk Herbert Timbon Lagadan calon Barisan Nasional bagi kerusi DUN Kadamaian memperolehi majoriti 2,473 undi pada PRU12 2008,bagaimanapun beliau hanya mendapat 4,988 undi pada PRU13 setelah dikalahkan calon PKR Jeremmy @ Ukoh Malazad @ Malazad yang memperolehi 5,877 undi  dengan majoriti 547 undi dan mengetapikan  Rubbin Guribah (STAR) 1,877 undi dan Peter Marajin @ Peter Marazing (SAPP) 547 undi.

Friday, 3 May 2013

Anda Bestari - Jawablah 5 Mei Ini




TATAP MANANG PUNYA ... Pemimpin-pemimpin ini baik, pahalanya
orang baik akan menang PRU13. Tunggu dan lihat. 


SAMPAI HATI KAMU GEROMBOLAN UMNO-BN ... Someng betul perbuatan kamu. Sudahpun bendera PR kamu turunkan dari tiang bambu...kamu pakai balik tiang bambu itu untuk naikkan bendera BN. 
Kempen Turunkan bendera PKR oleh BN di P.176 Kimanis, Sabah.Yang melampaunya mereka membuang bendera PR ke tong sampah. Adakah patut? 
Tak patut!, Tak patut!, Tak patut!.


*Foto-foto-Sumber Facebook

Thursday, 2 May 2013

Lagi AMT PKR Sabah dan 150 anggota SAPP Lumadan keluar parti


PAPAR: Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menerima tamparan hebat menjelang pilihan raya umum Ahad ini apabila seorang lagi Anggota Majlis Tertinggi (AMT) negeri, Abdul Aziz Abdul Hamid keluar parti untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Penyertaan beliau ke dalam BN diumumkan pada majlis bersama rakyat di Kampung Dambai, dekat sini hari ini, yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Pada 25 April lepas, empat ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang PKR keluar parti untuk menyertai Umno.

Mereka ialah ketua cabang PKR Sandakan, Mazhry Nasir, ketua cabang PKR Kota Belud, Saidil Simoi, ketua cabang PKR Kalabakan, Irianshah Yunus, pemangku ketua cabang PKR Putatan, Abdul Zainal Atin dan timbalan ketua cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.

Terdahulu, dalam ucapannya sempena program bersama rakyat itu, Musa berkata kemasukan AMT tertinggi PKR negeri itu membuktikan rakyat mulai hilang kepercayaan terhadap perjuangan pakatan pembangkang.

Sementara itu, di BEAUFORT, seramai 150 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) diketuai pengarah jentera SAPP kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Isa Hassan menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada majlis itu.

Beliau berharap kira-kira 1,800 anggota SAPP di DUN Lumadan turut mengikut jejak mereka.

“Keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal memenangi pilihan raya umum ke-13 ini menarik perhatian jentera SAPP untuk menyertai BN,” kata calon BN Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.  

Rakyat kelahiran Sabah di Klang dituduh sebagai pengundi hantu


“JANGAN tuduh kami sebagai pengundi hantu, kerana ia satu penghinaan kepada rakyat Malaysia kelahiran Sabah pada keseluruhannya”. 

Itulah kata-kata yang diluahkan seorang suri rumah berasal dari Sandakan, Sabah, Hasnawati Jura, 32, yang menjadi pengundi berdaftar di Klang untuk sekian lama, bila menanggapi dakwaan pihak pembangkang kononnya banyak pengundi hantu didatangkan dari Sabah ke Selangor.

Hasnawati yang kini menetap di Flat Bandar Bukit Tinggi 1 Fasa 4 berkata beliau kesal dengan tindakan pakatan rakyat yang menggelar rakyat Sabah sebagai pengundi hantu dan menggunakan isu pengundi hantu sebagai bahan kempen menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

“Saya sudah bermastautin selama kira-kira 16 tahun di Semenanjung dan sudahpun mengemas kini alamat rumah supaya dapat mengundi di Klang dan isu menjadi pengundi hantu tidak timbul,” katanya di Klang, hari ini.

Hasnawati yang mempunyai tiga orang anak, berkata suaminya juga merupakan anak kelahiran Sabah dari Kota Kinabalu, yang mengundi di Klang untuk sekian lama, setelah memenuhi segala syarat yang ditetapkan.

“Saya nak tanya pembangkang, di mana bukti ada cubaan membawa masuk pengundi hantu ke Semenanjung untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Isu pengundi hantu yang cuba dibangkitkan pembangkang tidak betul kerana mereka tidak tahu hujung pangkal cerita sebenarnya,” katanya yang akan mengundi untuk kali ketiga di kawasan Parlimen Klang pada, PRU13 Ahad ini.  

Norijah Taliyur, 40, yang berasal dari Tenom, Sabah berkata beliau telah mengundi untuk sekian lama di Klang dan menyifatkan tuduhan pengundi hantu itu tidak berasas sama sekali.
Tuduhan itu, katanya boleh mengelirukan rakyat dan mengancam kredibiliti pilihan raya pada keseluruhannya.

Beliau berkata usaha menjatuhkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan isu pengundi hantu ketika berkempen adalah tidak wajar kerana SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali perlu dihormati kedudukannya agar rakyat yakin kewibawaan badan itu melaksana pilihan raya secara bebas dan adil.

Beliau yang sudah bermastautin di Semenanjung selama 22 tahun, kesal dengan tuduhan itu kerana ia seolah-olah menidakkan hak dan kepentingan anak jati Sabah.

Sementara itu, Mohd Ibrahim Abdullah, 50, yang berasal dari Membakut, Sabah berkata beliau bermastautin di Jalan Batu Nilam, Klang untuk sekian lama. 

“Kebanyakan mereka yang datang ke Klang untuk mencari rezeki dan menetap di sana untuk sekian lama dan menggunakan saluran betul menjadi pengundi,” katanya.

Data kawasan Parlimen Klang menunjukkan bahawa ada sejumlah 95,871 pengundi berdaftar di kawasan itu.

Mengikut pecahan kaum, orang Melayu ialah seramai 31,330 orang  (32.68 peratus), Cina 44,204 orang (46.11 peratus), India, 18,961 orang (19.78 peratus), Orang Asli 65 orang (0.07  peratus), Bumiputera Sabah 483 orang (0.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak 163 orang (0.17 peratus) manakala 665 orang (0.69 peratus) ialah dari kaum lain.

Sementara itu, Abdullah Jamrid, 48, yang mengetuai bilik gerakan BN di Flat Bukit Tinggi 1 Fasa 4 berkata 80 peratus daripada penduduk di flat itu yang mempunyai 1,000 unit rumah, terdiri daripada Bumiputera Sabah yang sudah bermastautin di Klang.

“Mengikut pemeriksaan kami, mereka telahpun memenuhi segala syarat dan kelayakan untuk mengundi di Klang dan tuduhan pengundi hantu itu adalah melampau,” katanya.

Awas Zomba Putrajaya

*Sumber Facebook