Sunday, 2 June 2013

Abdul Rahman yakin DUN Kadamaian kembali kepada BN pada PRU14


ABADIKAN KENANGAN … Abdul Rahman (tengah) merakam gambar Unduk Ngandu Kampung Tambulion, Junika Ak James Jarit, Haniloreyana Kuantin(kiri) dan Priscilla Fred Angguar (kanan).
OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan kembali kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.


Katanya, Pilihan Raya Umum ke-13 sudah berakhir dan yang berlalu biarkan berlalu.

“Perdana Menteri memberi tahu saya bahawa saya bukan Menteri untuk Bumi putera sahaja tetapi untuk semua kaum, tanpa mengira agama dan latar belakang dan, saya berhasrat untuk melaksanakan arahan ini untuk berkhidmat kepada semua, sama ada mereka mengundi untuk Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang (PR),” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Tambulion Ulu, dekat sini baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata  rakyat mesti diyakinkan tentang pendirian BN supaya rakyat, khususnya golongan belia akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional PRU14 khususnya di DUN Kadamaian.

Beliau juga memberi jaminan bahawa penduduk Kadamaian sesakali tidak akan diketepikan walaupun telah memilih pembangkang pada PRU13. Kerajaan sekarang komited untuk bekerja keras untuk memulih semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terdadap BN.

Abdul Rahman juga akan mempastikan Kota Belud akan mendapat perhatian daripada kementriannya dan berjanji akan menjadikan Kota Belud daerah yang  terbaik di Sabah.

Dalam pada itu, Abdul Rahman bersama jentera BN mengucap terima kasih kepada masyarkat Kampung Tambulion kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13.

Menyentuh mengenai Pesta Kaamatan, beliau berasa bangga bersama masyarakat Kampung Tambulion Ulu kerana dapat mengekalkan perpaduan dan teloransi menerusi pelbagai veriasi kebudayaan.

Sehubungan itu, beliau juga meluluskan permohonan masyaratan Kampung Tambulion Ulu untuk membina sebuah balai raya yang kosnya dianggarkan bernilai RM100,000.

Turut hadir Setiausaha Politik Menter Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Kibin, Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Idris Nanteh, Ketua Cawangan Khas IDP Kota Belud, ASP Lores Matios dan Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU), Supian Musa.

Sementara itu, Cik  Junika Ak James Jarit diumumkan Unduk Ngadau Kampung Tambulion Ulu 2013, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Cik Haniloreyana Kuantim dan Cik Priscilla Fred Angguar.
RASMI … Abdul Rahman memasukkan padi dalam wakid simboki merasmikan Pasta Kaamatan Tambulion Ulu.



No comments:

Post a Comment