KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu suara dalam dua perbualan telefon yang dipintas dikenal pasti sebagai suara anggota polis yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah.
Saksi
kedua yang dilindungi itu berkata beliau mengecam suara Detektif Koperal Hassan
Ali Basari dalam komunikasi yang dipintas sebelum ini di mana tertuduh
memperkenalkan identiti dirinya.
Hassan
dari Semporna dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan
keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu,
antara Januari dan 3 Mac tahun ini.
Pertuduhan
mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum
tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Saksi
berkenaan berkata pada 2 Mac tahun ini, Hassan dihubungi seorang lelaki Sabah
pukul 7.37 malam untuk bertanyakan jika satu peperangan sudah berlaku dan
Hassan mengiyakannya.
Saksi
berkata menurut perbualan telefon yang diterjemahkannya itu, lelaki Sabah
tersebut memaklumkan dia ada menghubungi Filipina dan mengatakan lebih 400 orang
akan memasuki Sabah dari Bongao, Filipina.
Dalam
perbualan telefon yang dipintas pada 3 Mac tahun ini, Hassan sekali lagi
dihubungi lelaki Sabah terbabit pada pukul 9.28 pagi untuk memberitahu maklumat
yang diperolehnya melalui internet mengatakan jumlah penceroboh mencecah angka
ribu dan memerlukan sokongan kewangan yang banyak.
Menurut
saksi itu, Hassan memaklumkan lelaki Sabah berkenaan, Amerika Syarikat
menyokong pencerobohan itu, termasuk bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan
Moro (MNLF) Nur Misuari.
Penolong
Kanan Pesuruhjaya Polis Sabah Zulkifli Abd Aziz memberitahu mahkamah maklumat
dalam pintasan komunikasi antara tertuduh dengan lelaki Sabah tersebut penting
untuk keselamatan negara.
Ketika
Zulkifli memegang jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 di Sabah, beliau
berkata Hassan turut terlibat dalam risikan ancaman pengganas Sulu di Lahad
Datu.
Katanya,
tertuduh dipilih dalam tugas risikan ancaman pengganas Sulu kerana kebolehannya
berbahasa Bajau dan Suluk dan mempunyai ramai kenalan dari kalangan suku kaum
tersebut di Lahad Datu.
Beliau
juga menafikan pernah menerima maklumat mengenai ancaman pengganas Sulu atau
kegiatan keganasan di Kampung Tanduo, Lahad Datu oleh tertuduh.
Menurutnya,
maklumat mengenai sebarang ancaman terhadap keselamatan negara yang diperoleh
anggota polis Cawangan Khas di peringkat daerah perlu segera dilaporkan kepada
ketua Cawangan Khas daerah.
Tertuduh
diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh, manakala Datuk Nordin
Hassan mengetuai pihak pendakwaan.
Turut
hadir isteri dan dua anak tertuduh.
Perbicaraan
di hadapan Hakim P. Ravinthran bersambung esok.
No comments:
Post a Comment