![]() |
Kombinasi gambar-gambar yang menceritakan tentang tragedi 'Double Six'. |

Justeru itu, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri,
Datuk Edward Yong Oui Fah (gambar kanan), pewujudan tugu berkenaan harus dimanfaatkan dan
dijadikan antara destinasi rasmi pelancongan Sabah.
“Ini adalah satu tempat tapak sejarah yang bukan hanya
signifikan dari segi politik tetapi juga dari segi sejarah mengenai pemimpin
yang telah banyak memberi sumbangan kepada Sabah,” katanya kepada pemberita
selepas Upacara Memperingati ‘Double Six’ di Tugu Peringatan Sembulan, dekat
sini hari ini.
Nahas pesawat itu yang berlaku 37 tahun lalu mengorbankan
enam pemimpin politik Sabah.
Terdahulu, upacara memperingati ‘Double Six’ itu dimulakan
dengan tafakur selama seminit, disusuli upacara meletakkan karangan bunga yang
didahului Yong, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Abidin
Madingkir dan wakil keluarga mangsa yang terkorban.
Dalam perkembangan lain, Yong menyanggah dakwaan kelewatan
beberapa projek kerajaan di kawasan DBKK disebabkan ketidakcekapan Datuk
Bandar.
“Pelaksanaan projek ini perlu mematuhi beberapa prosedur
sedia ada maka dengan itu ada projek yang mengambil masa untuk dilaksanakan,”
katanya.
Yong yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal
DBKK, berkata perkara seumpama itu seharusnya dibangkitkan melalui saluran yang
sesuai termasuk dalam mesyuarat tindakan DBKK.
Bagi kawasan dewan undangan negeri (DUN) atau
parlimen yang diwakili parti pembangkang
“maka pemimpin daripada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) akan mewakili
kawasan masing-masing untuk menghadiri mesyuarat tindakan peringkat DBKK,
sekaligus menjadi saluran untuk mengutarakan
masalah rakyat di kawasan tersebut termasuk projek pembangunan.
“Oleh itu, kita berharap wakil-wakil ini menyuarakan apa
jua projek yang belum siap kepada Mayor (Datuk Bandar) untuk tindakan lanjut.
Mayor yang ada sekarang ini cukup berpengalaman dalam pengurusan pentadbiran
kerajaan dan beliau juga berkelulusan undang-undang dan serba mengetahui
tentang prosedur yang perlu dipatuhi,” katanya.
No comments:
Post a Comment