PUTRAJAYA: Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak hari ini.
Najib
juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan
memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.
Najib,
yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan menteri-menteri
Kabinet tertentu dan ketua-ketua jabatan.
"Pejabat
dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan
kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita," kata beliau
dalam ucapan perasmian majlis Konsultasi Bajet 2014 di sini, hari ini.
Kerajaan
berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.
"Sasaran
kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan
momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi
inisiatif transformasi.
"Ini
akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil
yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)," kata beliau.
Turut
hadir ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni MohamadHanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan,
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Mengenai
perundingan berkenaan, Najib berkata 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral
dan sosial kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan.
"Saya percaya antara 96 memorandum itu
dan sebahagiannya akan di mana kita fikirkan sesuai dengan matlamat
kerajaan.
"Ia tertumpu
kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif," kata
beliau.
Najib berkata tema perundingan belanjawan tahun
ini ialah "Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi ".
"Bajet
tahun ini adalah suatu yang amat penting kepada kerajaan yang telah diberi mandat baharu untuk memenuhi aspirasi
rakyat," kata beliau.
Najib berkata kerajaan telah
mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan daya saing negara melalui
penggalakkan aktiviti ekonomi nilai tambah tinggi dan inovatif.
Kerajaan memperkenalkan inisiatif
pembaharuan, khususnya dalam meliberalisasikan subsektor perkhidmatan sejak 2009.
"Memandangkan banyak
inisiatif yang sedia ada, saya menggesa sektor swasta supaya mendapatkan
peluang-peluang untuk melabur dan berinovasi dalam sektor perkhidmatan.
"Dengan penyertaan aktif
anda, kami berharap untuk mencapai pelaburan yang disasarkan sebanyak RM44.6
bilion bagi sektor perkhidmatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10," kata
Najib.
Beliau berkata kerajaan menyedari
cabaran yang dihadapi ekonomi, antaranya, pembangunan potensi pertumbuhan
sektor terutama dalam perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan
bakat terutama bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal.
"Bidang-bidang berkenaan
perlu ditangani dengan sewajarnya untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan
inklusif," kata beliau.
Malaysia mempunyai penduduk yang
agak muda, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan
belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran.
Beliau berkata golongan belia
hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT, dan juga berkait kepada rangkaian
sosial melalui blog, Facebook dan Twitter, di mana maklumat yang tepat dan
tidak tepat merebak dengan cepat.
"Mereka juga mengharapkan
lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan
pemilikan rumah yang mampu milik. Di samping itu, mereka mahu suara mereka
didengar.
"Kerajaan menyedari akan
trend baru ini dan telah menubuhkan program Belia 1Malaysia untuk menyediakan
satu platform yang sama untuk belia memupuk kebolehan kepimpinan dan
kesukarelawanan dalam pembangunan negara," katanya.
No comments:
Post a Comment