Saturday, 15 June 2013

Lajim Kempeitai Pembangkang


KOTA KINABALU: Sah! Anggota Dewan Undangan Negeri Kilas, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin (gambar) akan mengepelai ’11 bala tentera’ pembangkang untuk mengempur 48 'sojar' Barisan Nasional pada Sidang Dewan Undangan Negeri ke-13 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Jun ini.

Lajim menang dalam pemilihan 'dalaman' di kalangan ahli-ahli pembangkang atau mengikut kaedah pemilihan konvensional. 

Pemilihan itu telah diadakan sebaik sahaja selesai majlis angkat sumpah Anggota DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah di Likas, dekat sini, pada 13 Jun lepas.

Difahamkan, Lajim tidak sabar-sabar lagi mahu berdebat bahkan sudah bersedia untuk menjadi 'kempeitai' kepada para pemimpin pembangkang negeri di Dewan Undangan Negeri Sabah nanti.

Sementara itu, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Roland Chia, berkata seperti yang dinyatakan oleh Speaker (Datuk Seri Salleh Tun Said), bahawa pelantikan ketua pembangkang di DUN Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan negeri atau peraturan mesyuarat DUN Negeri.

"Jadi kami telah mengambil inisiatif untuk menentukan pemimpin pembangkang kami di DUN negeri menerusi kaedah pemilihan konvensional.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa Lajim dipilih sebagai Ketua Pembangkang," katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir ialah Lajim dan Adun Api-Api Christina Liew.

Chia juga turut mengumumkan Liew sebagai 'whip' PKR di Sabah yang berperanan menguatkuasakan disiplin parti dan memastikan kehadiran wakil rakyat dari parti itu pada persidangan DUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.

Sesi pertama persidangan DUN ke-13 dijadual dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Isnin ini (17 Mei).

                

No comments:

Post a Comment