Tuesday, 18 June 2013

Ketua pembangkang: DUN Sabah belum buat keputusan


ADUN PEMBANGKANG ... Lajim (kiri) bersama Adun Tamparlui, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Adun Bingkor, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berbual dengan Adun Barisan Nasional, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail (Pantai Manis)  dan Datuk Rubin Balang (Kemabong) sebelum sidang DUN dimulakan hari ini.







KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum membuat keputusan berhubung kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang.

Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Johnny Mositun berkata pihaknya belum menerima surat rasmi mengenai pelantikan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini DUN belum menerima surat rasmi siapa wakil rakyat yang diputuskan pembangkang untuk menjadi ketua.

“Maka dengan ini, tiada ketetapan bahawa (Adun) Klias adalah ketua...kita tidak anggap ketua (pembangkang),” katanya persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu, Lajim bertanya kepada Johnny mengenai pelantikan beliau selaku ketua pembangkang di dewan ini seperti mana yang disyor pembangkang.   
    
“Timbalan Speaker harus membuat syor dan keputusan sekarang dan bila akan mengumumkan keputusan untuk menjelaskan kedudukan konsensus yang telah dibuat pembangkang,” kata Lajim.

Christina Liew (PKR-Api Api) kemudian bangkit dan berkata Setiausaha PKR Sabah Dr Roland Chia telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha DUN Datuk Bernard Joseph Dalinting minggu lepas berhubung keputusan itu yang dibuat menerusi kaedah pemilihan konvensional.

No comments:

Post a Comment