OKU DAPAT SUMBANGAN ALAT PENDENGARAN … Pembantu Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Laisah Anita Baranting (kiri)
memerhati seorang kanak-kanak daripada 1,300 Orang Kurang Upaya (OKU) yang
mendapat sumbangan alat bantuan pendengaran daripada Starkey Hearing Foundation
(SHF) sebuah yayasan dari Amerika Syarikat secara percuma di Kota Kinabalu,
hari ini.
Di Sabah, terdapat kira-kira 26,000 orang kurang upaya telah
berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am setakat ini. Ianya meliputi
tujuh kategori iaitu cacat pendengaran, cacat fizikal, masalah pembelajaran,
buta, masalah pertuturan, mental dan lain-lain.
Sementara itu, Pengasas SHF, Bill Austin berkata menerusi
sumbangan berkenaan, SHF berharap mereka yang cacat pendengaran dapat menjalani
kehidupan dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment