Friday, 21 June 2013

Pertandingan cipta lagu puisi tema alam sekitar

KOTA KINABALU: Langkah Pusat Kebudayaan Sabah (PKS) untuk menganjurkan pertandingan mencipta lagu puisi bertemakan alam sekitar merupakan usaha yang terpuji badan itu.

Pertandingan itu diadakan bagi memberi peluang kepada  para pencipta lagu tempatan mengembangkan bakat mereka.

Dimana pencipta boleh menghantar seberapa banyak lagu, terbuka kepada seluruh rakyat Sabah dan dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa yang terdapat di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun menyatakannya di majlis penyampaian hadiah Pertandingan Sayembara Menulis Novel Siri 2 dan pelancaran karya kreatif pilihan tahunan negeri Sabah di sini hari ini.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat oleh Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) dan dijangka  persembahan puisi itu akan diadakan di dewan baharu Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang pada Disember ini.
               


No comments:

Post a Comment