Monday, 17 June 2013

Lebih 10,000 ekar tanah Safoda diberi kepada penduduk Mukim Dudar dan Timbang: Musbah


ALBUM … Musbah (dua kanan), Muji (kanan) bergambar bersama Unduk Ngadau 2013 DUN Tempasuk, Evolovera Edora Edward (duduk), Braciscia Muneh (kiri) dan Lydia Abigail Jaitin (kanan). - Foto Gindanau Sakat

OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Lebih daripada 10,000 ekar tanah kerajaan milik Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda) telah dikeluarkan  untuk  masyarakat Mukim Dudar dan Mukim Timbang baru-baru ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli, berkata keputusan itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah Kota Belud, Mohd Gari itam, di sini, pada 12 Jun lepas.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk berkata, tujuan pengeluaran itu supaya masyarkat di mukim berkenaan termasuklah belia-belia yang tidak memiliki tanah akan mendapat bahagian masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, untuk mengelak tanah itu dijual oleh pemilik kepada orang lain, pemilikan tanah berkenaan akan dikeluarkan menerusi Geran Komunal (Communal Title). 

“Kita juga meminta kepada kerajaan supaya semua tanah Safoda yang akan dimilik masyarakat di kedua-dua mukim berkenaan diserahkan kepada agensi-agensi kerajaan,  seperti Lembaga Industri Getah Sabah(LIGS) atau Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB)  untuk membantu pemilik tanah berkenaan memajukan tanah mereka disamping membantu mengekalkan sumber penjanaan ekonomi keluarga yang terlibat.  

“Saya yakin, dengan adanya perancangan teratur kearah penjanaan sumber ekonomi masyarakat luar bandar, tidak mustahil pada satu hari nanti, masyarkat kawasan Tempasuk akan menjadi kuasa pembili tinggi di daerah ini,” katanya kepada pembertia selepas merasmikan Pesta Kaamatan peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, di Dewan Terbuka Kampung Timbang, dekat sini, pada Ahad (16 Jun 2013).

Tutut Hadir, Presiden Persatuan Tobilung Sabah (TOBISA), Muji   Ampau, Presiden Pertubuhan Tindal Bersatu Sabah ( USTO), James Bagah, Ketua Cawangan Khas IPD Kota Belud, ASP Lores  Matios, Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Idris Nanti, Unit Pemimpin Kemajuan Tempasuk yang diketuai oleh Siang Sibin, pemimpin masyarakat dan penduduk Mukim Timbang dan Dudar.

No comments:

Post a Comment